
Salam…
Hari ni sedang saya menyelongkar kat forum WC, terpandang lah satu thread entah apa tajuk penuhnya saya pun tak ingat, tapi ada menyebut pasal Advertlet SCAM. Betul ke? Huhu…kalau betul membazir jela masa saya duk promote Advertlert selama ni…
Ramai yang mengatakan yang Advertlet telah lama tak membayar kepada mereka. Jadi sah-sah la scam kan?? Tapi masalah sekarang blog ni dah penuh dengan iklan advertlet..malasnya cek nak buang..
Adeih…Pening kopalo den lagu ni…huhu..
Baru jer nak try cuba buat duit dengan program pay per million (ppm) atau dalam kata mudahya dapat duit bila dapat 1000 impression dari pelawat, mengikut kadar yang tertentu. Contoh lain yang saya rasa sehingga kini belum scam ialah Nuffnang. Hehe..Sebab saya selalu tengok ada iklan Nuffnang di sebelah kanan penjuru atas laman web WC..
[kalau scam takkan la saudara shuth atau alang nak biarkan lagi iklan tu berkibaran di WC kan? Hehe]
Untuk menyedapkan hati saya, ingin saya nyatakan bahawa sebenarnya banyak lagi program-program lain yang boleh buat duit di internet ni. Contohnya, jika anda mempunyai blog, anda boleh meletakkan iklan google adsense di blog anda. Selain tu boleh letak iklan dari bitadvertiser, Adbizzy, atau nak duit lagi cepat boleh jual ruang pengiklanan di blog anda kepada pengunjung-pengunjung yang berminat nak beriklan.
Selain tu juga anda boleh menjual produk-produk digital atau fizikal orang lain di laman web anda dan mendapat untung di atas setiap jualan yang terhasil. Kata singkatnya affiliate la..lepas jual barang dapat komisyen..Bunyi macam senang kan? Tapi memang senang…
cuma perlukan DUIT sahaja… DUIT?? maksud saya DOA, USAHA, ISTIQAMAH, dan TAWAKKAL.
Jika keempat-empat benda ni ada, jangankan nak buat duit di internet je, nak buat duit tengah laut pun boleh..tapi duit pe yang boleh di buat tengah laut ek?? Ehmmm….
If you would like to make a comment, please fill out the form below.
ini la masalah program PPC nie…
kadang-kadang mereka bukan xbayar… mungkin sebab terlalu ramai yang sertai ..bajet mereka dah terlebih dan web mereka plak kurang dapat membership ,
contoh,
orang just click je… membership yang join kurang …
so .. x dapat la dorang nak buat pusingan modal..
scam tu takde la. tapi LIAT nak bayar her. Tu yang ramai berangin dgn advertlets nih..
@ Titan - Owh…yeke…nampaknye kena perbetulkan balik la ek statement tu…
Hehe…
@pedagangIT - A’ah..betul jugak tu…payah jugak nak cari PTC yg leh di percayai…