Archive for November, 2008

Bagaimana Memulakan Langkah Yang Pertama?

Salam,

Adakah anda mengalami masalah seperti tajuk di atas? Jangan risau, itu adalah masalah biasa yang di hadapi oleh orang yang bersemangat waja untuk berjaya. Hehe..

Sejak saya merasmikan blog ini, begitu banyak komen-komen positif yang diberikan oleh pembaca blog ini. Ini amat mengembirakan bagi seorang newbie macam saya yang baru saja mencuba-cuba mengenali dengan lebih lanjut bagaimana nak dapat sekupang dua dari internet ini.  Walaupun ramai yang kata nak dapat duit dari internet ni susah, tapi sebenarnya lagi senang. Cuma yang penting jika betul-betul berminat nak dapat duit kat internet, fokus kena ada. Jangan sekali-kali anda buat kerja separuh jalan, kalau tak macammana nak dapatkan hasil kn?? melainkan anda dah benar-benar pasti program anda sertai itu scam.. Hehe..

Selain tu, kena pastikan bidang yang nak ceburi tu betul-betul sebati dengan diri kita. Sebagai contoh, kalau tak pandai buat grafik atau rekaan tak payah la saja-saja nak ambil tempahan buat design banner pulak disebabkan ada kawan berjaya dapat $50 untuk satu banner. Yakinkan dalam diri walaupun kita tak ada keistimewaan buat grafik, tapi yang pasti kita masih lagi boleh buat duit di internet. 

Sepanjang setahun saya merayau-rayau di internet ni, teknik mencari duit kat internet ni memang bermusim. Sebab itu la saya masih lagi menjadi newbie sehingga sekarang kerana asyik duk terikut-ikut. Orang buat adsense, saya buat adsense, orang buat affiliate, saya pun jadi affiliate hunter jugak, orang duk main PTC, survey, duk ikut jugak. Hehehe…Tapi income tak masyuk-masyuk jugak.

Kenapa tak masyuk? seperti yang saya kata tadi kita kena fokus. Siapa kata adsense tak boleh buat duit? boleh jer.. Contohnya macam saudara Syed Ikhwan, Ringgithit dan juga saudara Munawar. [sekadar beberapa nama]

Kalau affiliate pulak, boleh je tanya saudara Ammar Zahar. Fuhh..teknik dia, tak sampai seminggu dah dapat RM1k, lepas nak makan KFC selama sebulan. Hehe..[berdasarkan kata-katanya kat e-book terbaru, Affiliate A++]

Jadi, apa lagi tetapkan matlamat anda, mahu ceburi bidang apa, kemudian fokus, lakukan dengan sepenuh hati InsyaAllah akan berjaya. Kejayaan tidak akan bergolek, begitu juga duit tidak akan datang melayang. Hehe.. Ok la setakat tu dulu.. Jumpa lagi. :)

Matched.Co.Uk Dalam Dilema??

Salam..

Dah agak lama saya tak update blog kesayangan ni. Semuanya gara-gara peperiksaan akhir semester yang baru semalam habis. Huhu…penat tak hilang lagi.. tapi dalam penat-penat dan duk tido study tu sempat lagi menjenguk blog ni.. Mana leh tak lawat…tak lengkap hidup kalau sehari tak lawat blog ni.. Hehe

Ok la, dalam bercuti dari menulis blog ni saya dikejutkan dengan kedatangan emel dari pihak Matched mengatakan Matched is closed. Hukhuk..memang menyedihkan. Sebab ni baru bulan kedua dapat bayaran dari Matched. Tunggu la sampai setahun dan bayaran saya dapat dah mencecah $150 sebulan baru tutup. Hehe… Macam senang jer nak dapat kelulusan dari Matched tu kan?? Hoho..XOXO.

Saya pun xtau apa masalah utama Matched ni. Ada kemungkinan disebabkan oleh kurangnya advertiser yang nak beriklan. Tapi Publisher ada ramai jer… So secara logiknya mana leh kalau demand lebih tinggi dari supply.. :D

Oleh itu buat masa sekarang, secara rasminya saya telah kehilangan salah satu punca pendapatan saya setiap bulan. Lepas ni dah tak leh nak tayang screenshot dari Matched lagi la.. Hehe… Tapi jangan risau, masih ada lagi kembar Matched yang wujud di muka internet ni. Contohnya seperti money4banners dan freebies4webmasters.



Lagi satu, dengar khabar E-book Affiliate A++ telah di lancarkan. Anda dah tau belum? Kalau belum nanti saya buat review tentang produk dari saudara Ammar Zahar yang hensem itu.

Duit Dari Digital Point Lagi!!

Salam,

sebenarnya post ni saya buat untuk seseorang yang saya telah berjanji dengannya untuk menunjukkan bukti terbaru dari DP. Masih ada lagi ke yang tak percaya boleh buat duit dari Forum Digital Point? Kesian kat orang-orang ni…

takpe lah, tengok jela screenshot kat bawah ni…

 

 

Bayaran ni baru sebentar tadi dapat. So macam mana masih konfius lagi dengan produk RK ni? :D

Bertindaklah sebelum anda ketinggalan terlalu jauh… Klik Sini..

 

Dapat Duit Dari Matched.Co.Uk [Oktober]

Salam.

Hari ni just nak berkongsi sedikit tentang pendapatan saya dengan kawan-kawan semua… Tadi saya baru mendapat satu email dari Matched memberitahu saya akan mendapat bayaran dalam tempoh 7 hari lagi.. Walaupun nilainya tak banyak tapi saya cukup bersyukur.. Harap-harap bulan depan bertambah la lagi… Hehehe.. Dah malas cakap banyak tengok jela bukti kat bawah.. Hehe..

Bukti Matched
Bukti Matched

Perubahan Baru Menjelang 21 Tahun

Salam sejahtera,

Apa khabar semua…hari ni kalau anda perasan berlaku perubahan yang agak ketara di blog saya. Kenapa yer? Hehehe… Sebenarnya ini perubahan ini berlaku disebabkan pertambahan umur saya yang bakal mencecah 21 tahun esok hari. Yea..yea..leh mengundi dah.. :) Jadi sebagai meraikan ulang tahun kelahiran saya ni, saya merasa patut lah membuat sedikit perubahan di blog ni.. letih jugak nak buat. Amik masa dalam 2 jam lebih gak ni.. Tapi berbaloi la bagi saya… Anda rasa camne? Ok tak? Hehe…

Ramai orang berkata, umur 21 tahun adalah kemuncak dalam kehidupan seorang remaja. Ada yang kata dah sampai 21 tahun sudah boleh membuat keputusan sendiri, dah tak payah mintak kebenaran ibu bapa kalau nak pergi mana-mana, nak balik lewat malam pun boleh.. nak keluar dengan siapa-siapa pun boleh, terutamanya bagi perempuan. Benarkah begitu? Aisemann….

Sebagai anak, walau setua mana pun kita, kita masih lagi anak kepada kedua ibu bapa kita. Maka wajarlah bagi kita untuk sentiasa mendengar kata-kata kedua orang tua kita. Walaupun pada pandangan kita kata-kata tu tidak boleh di pakai, tapi cuba lah untuk menerangkan balik kepada mereka secara baik.

Pada pendapat saya la, umur tidak memainkan peranan yang penting pun dalam perhubungan dengan ibu bapa kita. Saya rasa kebanyakan ibu bapa yang bertanggungjawab masih menganggap yang anak-anak sentiasa memerlukan nasihat dan tunjuk ajar dari mereka walaupun usia anak-anak itu telah mencecah 30 atau 40 tahun. Jadi mereka akan sentiasa menasihati kita, walaupun ada di antara kita menganggap nasihat itu sebagai bebelan atau cakap-cakap kosong.

Kalau pernah terdetik sekelumit pun di hati kita marah atau terasa hati dengan ibu bapa kita, ingat lah balik segala jasa mereka mendidik dan membesarkan kita sehingga hari ni. Bukan senang nak membesarkan seorang anak, tapi mereka membesarkan kita dengan penuh kasih sayang. Bak kata, seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak, tapi 10 orang anak pun tak sanggup menjaga seorang ibu. 

Jadi disini. sempena ulangtahun kelahiran saya yang ke 21, saya berpendapat orang yang paling layak meraikannya ialah ibu dan abah saya kerana telah bersusah payah melahirkan saya 21 tahun yang lalu. Terima kasih Hajah Azizah Binti Kassim dan Haji Abd karim Bin Abdullah kerana telah melahirkan saya dan membesarkan saya dengan sepenuh kasih sayang, dan tak lupa terima kasih dan bersyukur saya kepada ALLAH kerana telah memberikan saya ibu bapa yang penyayang ini… :)

 

p/s: ucapan tahniah juga kepada Sifu Lan  kerana telah bergelar bapa kepada seorang anak lelaki beberapa hari lalu… Tahniah sifu!! :D


Related Posts with Thumbnails
Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.