Archive for April, 2009

Rahsia Menawan Hati Jejaka Idaman Terbongkar!

Saya yakin ramai di kalangan wanita di luar sana yang masih membujang kerana anda masih belum dapat memiliki jejaka yang anda idamkan. Walaupun sudah ramai lelaki yang cuba memikat anda, tetapi hati anda tetap dengan jejaka idaman dan igauan anda dan si dia sentiasa di hati anda. Tidak ada seorang pun yang dapat menggantikan tempatnya di dalam hati anda.

Saya tahu anda kecewa. Anda ingin memilikinya tetapi anda tidak yakin, tiada peluang dan anda sangat merendah diri apabila berhadapan dengannya. Tahukah anda bahawa di luar sana, terdapat ramai wanita yang tidak secantik Siti Nurhaliza, tidak sesempurna Maya Karin, tetapi mereka masih mampu dan berjaya memiliki jejaka idaman mereka? Ini adalah kerana mereka mengetahui satu rahsia yang mereka tidak mahu kongsikannya dengan anda!

Apa yang menjadi rahsia mereka selama ini ialah mereka mengetahui segalanya mengenai kelebihan dan kelemahan lelaki, mengenali mereka sedalamnya dan tahu bagaimana untuk menawan hati mereka! Semua ini telah dibongkarkan di dalam ebook Panduan Cinta Untuk Wanita. Ebook yang sangat comel ini telah menceritakan segala perkara mengenai lelaki dan bagaimana untuk menawan hati mereka.

Tidak akan ada maklumat yang sebegitu tepat sekiranya ia tidak ditulis oleh kaum lelaki sendiri. Bukan senang untuk memahami hati seseorang lelaki. Wanita perlu berusaha dan belajar sendiri bagaimana untuk memahami mereka. Kini, anda tidak perlu risau lagi! Dengan kewujudan ebook Panduan Cinta Untuk Wanita, saya percaya, perkataan ?tidak yakin?, ?tiada peluang?, ?rendah diri? dan sebagainya tidak akan wujud lagi di dalam kamus hidup anda dan nantikan si dia menjadi milik anda buat selamanya.

P/S: Artikel ini adalah artikel yang disediakan oleh penerbit. Terima kasih.

Lukisan Anime Bukan Untuk Kartun Je…

Salam,

Dah lama post ni sebenarnya. Tapi baru hari ni saya tergerak hati nak kongsikan kekreatifan dan bakat  salah sorang rakan saya di WC melukis gambar saya dalam bentuk anime. Buat pe kongsi awal-awal, nanti ramai pulak nak berkenalan. :P

Beliau yang menggunakan nickname Aiereastz akhirnya telah pun berjaya membuka blognya sendiri. So kepada siapa-siapa yang berminat boleh lawati blognya disini, http://airistudio.com. Kalau tak silap saya, beliau juga telah mula mengambil tempahan untuk melukis gambar anime tapi adalah syarat-syarat tertentu. Bayarannya pun amatlah berpatutan, nak tau berapa? kena la pergi lawat blognya… :)

Untuk sesiapa yang belum pernah lagi tengok hasil lukisan Aiereastz ini, boleh la tengok gambar di bawah dan bandingkan dengan gambar sebenar saya.

Erkk… Tapi jangan tengok lama-lama….kan terpikat plak abis laaa… Hehehe…

Software RefererX Version 4 Memang MANTAP

Salam sejahtera,

Dah agak lama tak buat post kat blog ni, saya mintak maaf kat semua kerana saya sekarang sedang sibuk dengan peperiksaan akhir semester. Walaubagaimanapun saya mengambil peluang ini untuk memberitahu kepada anda tentang Software Referer X. Bukan apa, risau anda menjadi orang terakhir yang mengetahui tentang kehebatan software ini. :P

Software ini dicipta sepenuhnya oleh anak Malaysia, iaitu Bro Azlan Hussin. Apa yang boleh saya katakan software ini telah banyak membantu saya menarik trafik secara automatik. Insyaallah beberapa hari lagi saya akan tunjukkan screenshot trafik yang saya dapat menggunakan software Referer X ini. Apa yang dimaksudkan dengan automatik tu?

Software ini bertindak dengan melawat website yang anda ingini dan meninggalkan url blog anda di website tersebut. Kebiasaannya software ini akan tinggalkan url anda di feedjit widget seperti yang anda dapat lihat di sebelah bawah kanan blog saya ini. Jika anda lihat ada url yang menarik hati kat situ, pasti anda akan tertarik untuk melawat website itukan? :)

Jadi, pada pendapat saya software Referer X ini amat sesuai jika anda ingin mempromosikan blog anda, dan mempercepatkan blog anda berada di Search Engine. Selain itu, apa yang kita tahu, dalam bisnes internet ini jika ada trafik bermaksud adalah income untuk anda. Tapi bagaimana software Referer X menjana income untuk anda?

Cuba bayangkan anda menggantikan url tersebut dengan url blog anda yang penuh dengan code adsense, dan tarik berjuta trafik menggunakan software ini. Insyaallah pasti akan ada klik kan? Usaha tangga kejayaan.

Oleh kerana saya agak sedikit sibuk, anda boleh tengok bukti lain tentang Software Referer X di sini. Semoga anda tidak melepaskan peluang keemasan ini.

http://www.wangcyber.com/forum/teknik-pemasaran-internet/14094-testimonial-refererx.html

P/s: Jika anda beli dari link saya, ada bonus istimewa menanti anda. Email saya untuk maklumat lanjut… :)

Related Blogs

Team TeraBiz Di Lancarkan Secara Rasminya

Team

Team

Salam sejahtera,

Hari ini saya ada satu berita gembira hendak dikongsikan bersama anda. Alhamdulillah akhirnya saya bersama Khairilz, dan Azizi berjaya menubuhkan sebuah Team (pasukan) yang digelar TeraBiz. Tujuan utama penubuhan Team TeraBiz ialah untuk membuktikan perniagaan internet juga boleh berjaya dan memberikan pendapatan lumayan seperti perniagaan lain jika kena dengan gaya dan tekniknya. Kami juga bercadang untuk berkongsi tips-tips menjana pendapatan online di blog rasmi kami, Tera-Biz. Com. Jemputlah datang melawat yer. :)

Untuk pengetahuan, kehadiran Team ini bukanlah saja-saja, sebaliknya bertujuan ingin melahirkan lebih ramai lagi Internet Marketer atau Internet Entrepreneur dari Malaysia umumnya, dan bangsa Melayu khususnya yang setanding dengan Internet Marketer dari Barat. Tertubuhnya Team TeraBiz ini adalah atas dasar bekerja secara berkumpulan lebih baik dari bekerja seorang diri. Dengan itu kami boleh berkongsi pendapat dan idea di samping membantu di antara satu sama lain dengan kelebihan yang ada pada diri masing-masing. Ibarat kata berat sama dipikul, ringan sama di jinjing.

Alhamdulillah, di harap penubuhan Team TeraBiz ini mendapat sokongan daripada semua pihak dan sama-sama kita membangunkan industri perniagaan online di Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi. Insyaallah. Nak tengok hensem ke tak team member saya yang lain? Jom kita tengok kat Tera-Biz. Com. :D

Siapa Kenal AMMAR ZAHAR?

Salam,

Dalam post kali ni, saya cuma nak tanya, siapa kat sini yang kenal Ammar Zahar? Kalau kenal angkat kaki.. Hehe… :D

Kenapa tiba-tiba si Nadiah ni sebut pasal Ammar Zahar ye? Skandal baru ke? Pasti Syera akan pikir begitu. Hehe..sebenarnya bukan la. Saya rasa warga WangCyber pasti sudah mengenali siapa Ammar Zahar ni. Orang yang tak kenal beliau ialah orang yang jarang masuk forum Wang Cyber, atau memang tak pernah langsung masuk forum WangCyber. Betul tak? (sebab saya kenal dia pun kat sana, kalau tak jangan harap nak kenal… Haha)

Sebenarnya saya ingin bercerita tentang kejayaan seorang anak muda yang sebaya saya kalau tak silap, iaitu berumur 22 tahun tapi telah berjaya menjana pendapatan RM 5k sebulan dan kejayaan itu datang dalam tempoh 6 bulan sahaja. Pendapatan anda bagaimana pula?

Sebenarnya saya amat mengkagumi beliau kerana begitu bersungguh-sungguh dan komited dengan apa yang beliau lakukan. Jadi tidak hairanlah jika beliau mampu meraih pendapatan yang lumayan dalam masa yang singkat. Harap-harap saya juga mampu merasai pendapatan 5k sebulan sebulan selepas ini. Insyaallah dengan izin Allah. :)

Kejayaan beliau bermula apabila beliau berjaya menjadi antara Top Affiliate untuk beberapa produk tempatan antaranya produk Rahsia Clickbank, Video Usahawan, dan juga Panduan Ebay. Hurmm…tapi sebenarnya kebanyakan income beliau datang dari pasaran International, dan pada pendapat saya mungkin salah satunya dari Clickbank.

Selepas berjaya sebagai seorang Affiliate Marketer, beliau mula mengorak langkah dalam penerbitan ebook pula, dan antara ebook beliau yang mendapat sambutan yang hangat ialah Affiliate A+, Rahsia Newbie, dan produk pertamanya, Koleksi Grafik V2. Dan yang pasti, rata-rata pembeli amat berpuas hati dengan produk beliau.

Selain itu, buat masa sekarang beliau lebih menumpukan kepada seminar dan Personal Coaching kepada mereka yang begitu komited untuk berjaya dalam perniagaan internet. Memang trend sekarang Otai-otai IM Malaysia suka mengadakan Personal Coaching, tetapi pada pendapat saya Personal Coaching dari Ammar Zahar adalah amat berbaloi sekali. Kenapa yer? :D

Ini kerana pada pendapat saya walaupun kos untuk personal coaching dengan Ammar Zahar sedikit mahal bagi golongan seperti saya, tetapi ia amat berbaloi kerana dari apa yang saya ketahui, Ammar Zahar akan menerangkan dari mula hingga akhir langkah-langkah yang perlu di ambil sehinggalah perniagaan internet anda berdiri megah. Selain itu support selepas Personal Coaching masih lagi diberikan sehingga anda mampu berdiri atas kaki sendiri. (Owh..teringin benar aku menyertai Personal Coachingnya.. :( )

Aaahh.. Panjang pulak si Nadiah ni bercerita. Hehe…Kalau anda ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai Ammar Zahar, anda boleh melawat blog beliau di http://www.perniagaaninternet.com/blog dan kutiplah sebanyak mana ilmu yang anda dapat kat situ. :)

Akhir kata, setiap ilmu yang kita dapat memerlukan guru jika ingin diaplikasikan. Jadi pilih la guru yang terbaik dan berusahalah dengan lebih gigih dan tekun untuk berjaya. Jangan jadikan kejayaan orang lain sebagai kejayaan kita, tapi jadikan ia sebagai batu loncatan untuk kita lebih berjaya.

Salam Hormat dari saya,

NaDiaH KaRiM

Related Posts with Thumbnails
Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.