Archive for September, 2009

Anda Masih GAGAL Buat Duit Dengan Clickbank?

Salam Sejahtera,

Anda masih gagal dengan membuat duit dengan Clickbank? Hari ini saudara Mawardee telah melancarkan report percuma 10 Formula Baru Clickbank. Jika anda betul-betul berminat untuk membuat duit dengan clickbank, pastikan anda tidak lupa untuk mendownload report percuma bernilai rm67 ini.

Antara isi kandungan report ini adalah:

1)- Kesilapan besar usahawan internet Malaysia memahami ClickBank.

2)- Kesilapan mereka dalam memilih cara promosi.

3)- 3 Kaedah & teknik terbaru mengurangkan kos pengiklanan dan menyasarkan kepada prospek yang tepat & mempunyai kuasa membeli yang tinggi (selain faktor kawasan).

4)- Punca-punca utama sehingga kini mereka masih gagal membuat duit di ClickBank.

5)- Alternatif penting untuk ClickBank.

6)- Tidak memaksimumkan ___ & ___ menyebabkan ramai usahawan buntu & tiada hasil.

7)- Bagaimana bermula dengan pantas (dan kos rendah atau percuma) – pstt… tak ramai guna cara ni.

8)- Pembongkaran 10 FORMULA hebat!

Wow, memang hebat isi kandungan report percuma dari Bro Mawardee ni. Untuk pengetahuan, saya merupakan salah seorang pembeli produk ini sewaktu dilancarkan dulu. Produk ni memang bagus untuk mereka yang masih baru dan ingin mempelajari teknik membuat duit di Clickbank dengan lebih mendalam.

Jadi apa lagi, download sekarang dengan klik banner di bawah.

p/s: masih terasa kesedapan kfc yang mak belanja semalam. Terima kasih mak…lenkali boleh belanja lagi… :)

 

Betul ke boleh Buat Duit Dengan Pakej Video Blog?

Salam Sejahtera,

Dah lama tak buat post pasal review produk kat blog ni. Well…seperti yang dinyatakan, saya baru membeli pakej video blog 2 minggu yang lalu dan berkesempatan untuk mengaplikasikan teknik yang diajar dalam Pakej Video Blog tu sewaktu cuti raya ni. Yela kat rumah je internet laju, kat u sana, internet lembab giler. Nak download file 1mb pun dekat 15 minit. :D

Ok, tentang Pakej Video Blog, anda boleh tengok video blog yang telah saya siapkan kat sini, http://www.mochatvseries.com. Vblog ni baru berusia 10 hari kot…haha… dah lupa bila saya beli, tapi yang pasti beli sebelum raya. Selama seminggu ni, jangan mimpi la nak dapat income macam Alang, owner produk ni.  Macam dalam gambar kat bawah tu, Alang punya screenshot.. Melainkan anda sanggup spend masa + duit ke videoblog ni tanpa henti. Jika anda sanggup, memang tak sampai 2 minggu anda sudah boleh mendapat usd 100 yang pertama. Huhu..

Walaupun hasil belum memberangsangkan lagi, dalam seminggu buat vblog ini, saya telah berjaya mendapat free 1 month account premium dari megaupload dan juga 200-400 visitor tiap hari. Tu baru seminggu, kalau sebulan? Ada juga di antara ahli PVB yang berjaya mendapat usd 300 dari satu sumber je melalui videoblog.  Untuk pengetahuan, vblog ni mempunyai paling kurang 3 sumber buat duit. Nak tau kena la beli.. :D

Selain tu juga, Pakej Video Blog ni memang sesuai untuk semua, tak kira anda newbie ke, intermediate ke, ataupun otai dalam menjana pendapatan online. Kenapa saya cakap begitu? Sebab semua orang boleh berjaya asalkan anda fokus dan rajin. Memang saya tak nafikan pada awal-awal dulu saya ada sedikit mengeluh kerana terlalu banyak kerja perlu dibuat. Tapi semuanya step simple-simple je, cari cerita yang nak publish, buat post kat blog dan promote.  Langkah demi langkah ditunjuk, dan saya yakin anda takkan sesat dengan panduan yang diberikan.

Lagipun Alang turut menyediakan Forum Private kepada ahli PVB untuk bertanyakan soalan. Forum tu, memang tak ternilai la,  memang banyak benda dikongsi kat situ, antaranya Theme yang terbaru, dan juga plugin-plugin yang direkacipta khusus untuk pembeli PVB sahaja.

Jika anda nak tau dengan lebih lanjut, boleh tengok kat web jualan Pakej Video Blog, jika berminat, perlulah dapatkan secepat mungkin kerana kemungkinan besar harga akan dinaikkan menjadi rm250 selepas jualan mencecah 200 unit. Gud Luck!

p/s: mula berdebar nak ambil ujian memandu esok. Doakan saya berjaya ye. :)

Back To Work!

Selamat hari raya

Selamat Hari raya Aidilfitri!

Sedar tak sedar hampir seminggu dah kita beraya. Hoho…raya macam tak ingat dunia kedua dah… Assignment yang kena submit lepas cuti semua tolak tepi. Sekarang baru terhegeh-hegeh nak siapkan. Iskh teruk betul.

2-3 ari ni baru rasa seperti penat giler, kena siapkan macam-macam kerja, yang lagi tension bila akaun YSM yang telah banyak berjasa memberi sumber pendapatan automatik telah habis kredit. Nak buat kerja pun macam takde mood sebab takde income yang masuk tiap hari. Haha.. Niat di hati nak tunggu link credit USD 199 keluar, tapi bila akan keluar, yang tu kita tak tau. :D

Sebelum tu yang paling utama sebelum balik u kena siapkan assignment sebab semua assignment kena hantar isnin/selasa/rabu nanti. Tula suka buat kerja last minute lagi. :D

Ari ni hari yang paling membazir dalam tahun ni rasanya, pagi tadi saya ada kelas latihan memandu, dan pukul 8 pagi dah terpacak kat pusat latihan. Sampai kat sana tengok tak ramai yang datang berlatih, jadi dalam hati dah terpikir dah boleh balik awal la hari ni. Lepas habis berlatih, jam baru menunjukkan pukul 10 pagi, hati dah happy giler fikirkan boleh balik awal. Lebih-lebih lagi member yang lain pun dah siap. Last-last, pukul 1.30 petang baru sampai rumah. Membazir 3 jam duk melepak kat situ gara-gara seorang manusia yang tidak berhati perut! haha… Apa kesnya? Biarlah rahsia…. Mengapa dikatakan paling membazir? sebab dalam 3 jam tu saya boleh buat macam-macam kerja dengan laptop kakak saya ni, dan setiap detik memang bernilai jika berada di rumah. Ye tak?

Kemudian, petang tadi pergi pulak beraya ke rumah terbuka. Hampir pukul 6.30 ptg baru boleh balik rumah.  Makanan boleh tahan sedap, yang best makan + transport free. hehe…  Sekarang terpaksa pula siapkan assignment yang berlambak + kerja-kerja online. Arghh…sakit kepala….

Ada sesiapa yang nak tolong? :)

p

iFrame Oh iFrame!

Salam sejahtera,

Dah berdebu agaknya blog ni sebab lama sangat takde post baru. Hoho.. Sebenarnya blog Snakaz.COm di serang oleh virus iFrame. Virus ni merebak melalui software FileZilla yang selalu kita gunakan kalau nak upload file dalam hosting. Virus ni memang cerdik sebab dia boleh ingat username n password hosting kita. Nak-nak kalau kita ada simpan username dan password kat FileZilla tu…Hampir sebulan jugak la blog ni masuk wad.

Apa virus ni buat?

Virus ni akan “makan” file bernama index kat dalam hosting kita. So bila dia dah attack file index ni, tak kira la file index.html or index.php habis rosaklah laman web tu, macam yang terjadi kat blog Snakaz.Com ni, blog ini bertukar menjadi putih berseri gara-gara file index.php rosak. Hoho….

Dah tu nak buat camne?

Jika anda terkena, cepat-cepat bagitau kepada hosting provider sebelum website anda di suspend.  Nasib baik lah ari tu saya sempat mengadu kepada support hosting OneBytes tentang masalah ni, dan Alhamdulillah atas pertolongan saudara Diddy saya berjaya membuang virus-virus tersebut. Tapi masalah lain pula timbul, iaitu macam mana nak baiki file yang kena makan tu?

Nak tak nak, saya terpaksa export segala post (database) kat blog ni ke laptop saya, kemudian uninstall wordpress untuk membuang segala file wp yang rosak. Lepas tu baru saya install balik wordpress ke tempat asalnya. Akhir sekali, masukkan balik database yang saya export tadi.

Akhirnya segalanya selesai. Nasib baik lah wordpress versi 2.8.4 ni memang betul-betul memudahkan kerja para blogger yang menggunakan wordpress. Anda boleh mencari themes baru dan terkini melalui dashboard sahaja, kemudian aktifkan, tidak perlu lagi mencari melalui google, download, dan upload balik menggunakan ftp.  Begitu juga dengan plugin, tidak perlu lagi menyelongkar di dalam mana-mana folder, anda hanya perlu search, kemudian install, dan aktifkan. Ohh…senangnye…

Sekarang, saya sudah tidak menggunakan FileZilla lagi, software FTP yang saya gunakan sekarang hanyalah CoreFTP, itu pun sebab ramai kata CoreFTP belum pernah menimbulkan masalah lagi. Jadi kepada sesiapa yang menggunakan FileZilla, lebih baik bertukar kepada CoreFTP sebelum virus iFrame menyelinap masuk ke laman web anda.

SELAMAT TINGGAL FILEZILLA!!

Related Posts with Thumbnails
Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.