Archive for October, 2009

Aku, KL dan Memori Semalam

Hari ini ketika duk sorang-sorang kat bilik, tiba-tiba teringat kenangan dulu-dulu sewaktu belajar di Matrik Pasum, UM. Kenangan yang terjadi kira-kira 4 tahun lepas. Time tu, rasanya memang tahun yang paling banyak kenangan indah. Di situlah saya belajar macam-macam, persahabatan, kerinduan, teamwork, dan kesabaran.

Ingat lagi, setiap malam memang langsung tak miss nak study, melainkan malam minggu, dan isnin malam selasa sebab waktu tu tengah duk giler tengok citer Lost. Huhu… Masih teringat setiap petang turun sama-sama pergi kafe beli makanan di kedai abang no 5. Kenapa kitorang panggil no 5, sebab setiap kali dia sebut no 5, bunyinya macam sengau. Hehe..maaf ye bang.

Yang paling tak boleh lupa, bila time dapat tutorial. Mula la bahagi-bahagi tugas, Nak-nak subjek Kimia. Masing-masing kalau boleh taknak salah langsung jawapan tu, sebab kalau banyak salah nanti kena marah dengan Prof Madya Dr Roslinda. Dan kadang-kadang, ada juga pergi pinjam tutorial budak kelas lain, biasanya budak sebelah bilik yang menjadi mangsa.

Lagi kenangan tak boleh lupa, bila time nak ambil result dengan Prof. Muka masing-masing pucat takut result teruk dan kena marah dengan Prof. Haha… Padahal Prof bukan la garang sangat, cuma kitorang yang takut lebih-lebih.

Lagi satu, time nak tunggu waktu tutorial pada sebelah petang, kitorang ramai-ramai tidur dalam surau. Dah la surau tu dah sempit, bila ramai yang tidur dalam tu, lagi la macam ikan sardin. Waktu tu semua malas nak balik kolej sebab malas + penat nak jalan.

Memang banyak kenangan kat situ, terbayang sewaktu kitorang ada lab kimia/fizik, terasa betapa azabnya nak mendaki bukit. Dah la di bawah terik mentari. Nasib baik sekarang dah tak perlu merasai semua tuh. Haha…

Memang, pengalaman mampu membuatkan kita menjadi lebih baik, namun pengalaman juga mampu membuatkan kita menjadi lebih teruk.

Buat teman-teman yang sama-sama belajar di Pasum dulu, Syera, Akmal, Zaza, Yana, Shahirah, Ayum, dan ramai lagi, moga-moga kita menjadi orang-orang yang berjaya.. Insyaallah…

p/ss : Syera, bila aku dapat jumpe ko balik?? Haha…

Teknik Pantas Buka Akaun Adsense

flixya

Salam Sejahtera,

Mungkin anda pernah dengar ramai yang merungut betapa payah untuk memohon akaun adsense. Bermacam alasan diberi oleh pihak google, antaranya website/blog tidak menepati ciri-ciri yang diinginkan, atau maklumat yang diberikan sama atau ada hubungan dengan akaun yang sedia ada.

Di sini ada satu tips untuk mereka yang ingin membuka akaun adsense buat pertama kali atau menambah akaun yang sedia ada. Caranya:

1) Clear cookies dan browsing history di dalam laptop anda.

2) Reset modem, untuk mendapat ip address yang baru. ( Jika IP address statik, lebih baik buat di Cyber Cafe)

3) Pastikan alamat yang ingin didaftarkan sudah disediakan, dan tidak pernah digunakan untuk register akaun adsense.

4) Kemudian, register satu emel baru (yahoo/gmail)

5) Buka laman web ini hxxp://www.flixya.com. Sign Up sebagai new user.

flixya 1

6) Kemudian, apabila ditanya sudah mempunyai akaun google adsense atau belum, jawab NO.

flixya 2

7) Teruskan register akaun flixya sampai habis.

8) Cek emel anda, dan verify kedua-dua emel, satu dari flixya, dan satu lagi dari google. Anda akan terus dibawa untuk register akaun adsense yang baru. Isikan maklumat yang diperlukan.

Setelah selesai memohon akaun adsense, operasi seterusnya ialah mencantikkan laman web flixya anda. Ini kerana untuk memastikan laman web flixya itu nampak hidup, dan bukan dibuat semata-mata untuk memohon akaun adsense sahaja.

Flixya merupakan sebuah laman web sosial yang membolehkan kita berkongsi video, gambar, atau membuat blog secara percuma. Cara saya, saya akan update profile saya di flixya bagi menampakkan akaun ini benar-benar hidup. Selain itu, saya akan mencari 2-3 artikel dari ezinesarticles dan diposkan di blog flixya saya, dan memberikan sedikit komen tentang artikel tersebut.

Setelah selesai, saya hanya menunggu dalam 2-3 hari sebelum mendapat emel dari google mengatakan permohonan akaun adsense saya telah diluluskan.

Selamat mencuba!

Buat Duit Dengan Servis

Salam sejahtera,

Hari ni nak cerita sikit selain buat duit dengan adsense, buat duit dengan affiliate, buat duit dengan ebook, kita juga boleh buat duit dengan servis. Contoh servis yang kita boleh buat untuk menjana pendapatan online ni seperti servis buat website, servis buka akaun YSM, servis meninggalkan komen di blog orang lain, servis buat backlink, servis buat minisite, pendek kata macam-macam servis boleh buat.

Kadang-kadang, buat servis macam ni lebih untung daripada buat blog, update blog. Contohnya, servis buat surat jualan, boleh mencecah rm1000++ untuk satu produk. Lumayan kan?

Walaubagaimanapun, ia bergantung terhadap kebolehan anda. Contohnya jika anda baru hendak menceburi bidang ini, dan masih belum tahu servis yang boleh anda lakukan, apa kata buka servis yang mudah-mudah dahulu, seperti servis komen blog ke, servis translate BM-BI ke.. Kemudian selepas dah faham konsep buat duit dengan servis ini, baru la bertukar kepada servis yang lebih besar seperti designer minisite.

Anda boleh offer servis anda ini di banyak tempat, seperti di forum, di tempat pengiklanan percuma, atau di blog anda, dan tempat iklan yang biasa saya buat ialah di status Yahoo Messenger.

Antara servis yang pernah saya buat ialah, servis jual vcc, servis buka akaun adsense, servis buat blog wordpress dan yang terkini servis buka akaun YSM.

Jika sudah ada idea, apa kata anda boleh mulakan servis anda sekarang!

p/s: tengah duk bersabar dengan support YSM, lembab giler nak balas emel.. Argh….

Aku, Adsense dan YSM

usd100 link

Salam Sejahtera,

Hari ini agak bosan tanpa adanya aktiviti yang menarik untuk dilakukan. Minggu ni adalah minggu terakhir kuliah, dan minggu depan bermulanya “study week”. Begitu pun, start minggu ni hampir semua kuliah dah takde. Hanya ada satu jer, kiranya kami ada 2 minggu la untuk study kononnya. Haha…

Walaupun sedang sibuk membuat preparation untuk final exam yang bakal bermula 2hb Nov nanti, saya masih sempat lagi membuka servis membuat akaun YSM dengan credit usd125. Haha agak teruk an, bukan pe, sekarang ni terpaksa mengumpul dana sikit selepas dana yang ditunggu dari satu projek yang terbatal pada bulan 8 lepas belum dapat lagi. Entah bila dapat, itu yang kita tak tau.

Ingat akhir bulan 11 ini nak buat satu projek sederhana, sebab tu kena mula kumpul dana dari sekarang. Niat di hati cuma nak buka servis tu sampai 25hb ni sahaja, kemudian akan ditutup sempena menghormati minggu study. Jika tiada aral, Insyaallah akan dibuka balik selepas saya habis exam nanti.

Dalam pada tu, projek adsense masih berjalan. Alhamdulillah, dengan teknik F2R dan hasil tunjuk ajar cikgu Abu Hanis, saya tidak perlu memantau sepanjang masa pendapatan adsense saya.  Cuma, Setup, Advertise, and Run. Simple kan? Memang betul-betul buat duit sambil tidur.

Buat member F2R, jika ingin menempah akaun YSM dengan saya, anda boleh PM saya di private forum. Begitu juga member WC, kalau berminat, boleh PM saya di sana.

p/s: Hari ni hari terakhir di bulan Syawal. Semoga kita dapat sambut lagi Syawal tahun depan, Insyaallah.

Laptop Apa Yang Terbaik?

Salam Sejahtera,

Sejak akhir-akhir ni, laptop HP Pavilion dv1000 ni makin kuat meragam. Laptop ni dah hampir 4 tahun saya pakai. Dari 1st year bergelar student kat USM ni lagi. Tapi sayangnya waktu tu belum tahu mana bab-bab buat duit online ni. Kalau tak pasti sekarang dah ada yang baru punyer. :P

Kalau ikutkan target, harap-harap sebelum akhir tahun dapat beli yang baru. Sekarang pun tengah duk usha beberapa laptop yang agak hot dan kena dengan bajet. Kalau boleh nak laptop yang boleh pakai sampai 5-6 tahun, tapi sure bajet pun kene tinggi kan kalau nak dapatkan yang tahan lama.

Tapikan, antara netbook dengan notebook yang mana lagi bagus ek? Kadang-kadang terpikir nak yang kecil, ringan boleh bawa pergi mana-mana. Tapi kalau netbook tak puas hati pulak sebab  tak syok nak tengok cerita, dan ada sebahagian takde tempat CD-RoM.

Tapi kalau nak dapatkan NoteBook yang sesuai buat biz online ni, paling kurang bajet dalam tangan rm3k. haha… Atau USD1k paling kurang. Huish..payahnya buat pilihan.

Setakat ni paling berkenan dengan laptop HP PROBOOK. Tak tau kenapa, mungkin terpukau dengan spesifikasinya yang menarik kot.

Hp Probook ni notebook terbaru keluaran HP. Bentuk agak cantik, spesifikasi pun ok, cuma harga agak mahal sikit. Boleh baca review lebih lanjut kat sini.

REVIEW

So, pendapat korang, ok ke tak? :)

Related Posts with Thumbnails
Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.