Archive for November, 2009

Salam Aidil Adha!

Salam Sejahtera,

Kepada pengomen-pengomen serta pembaca  Snakaz Dot Com, Selamat Hari Raya Aidil Adha saya ucapkan. Terima kasih banyak-banyak sebab sudi menjenguk ke blog ini. Harap info-info dari blog ini sedikit sebanyak mampu membantu anda dalam menjana pendapatan online.

Hari ni, raya kat rumah takde lah begitu meriah, mungkin sebab hari ni takde antara ahli keluarga saya yang membuat korban. Esok, pasti meriah sebab hampir semua ahli keluarga akan datang ke rumah menuntut bahagian korban masing-masing.

Ada juga antara kawan-kawan online  saya yang beraya di perantauan. Sabarlah, saya pun pernah merasa dulu sewaktu di matrik. Reasonnya? Biarlah rahsia. :D

Dalam pada tu, saya masih lagi menunggu payment issued untuk bulan Oktober dari google adsense. Arghh..lambatnye.. Penantian itu satu penyeksaan. haha. Payment in progress telah pun dikeluarkan pada 24/11/09 ari tu, dan kebiasaannya dalam tempoh 2 hari akan keluar pula payment issued. Malangnye kali ini terlewat pulak. Mungkin kerana pekerja google adsense sedang sibuk membuat persiapan menyambut hari Thanksgiving. Apa itu hari Thanksgiving? saya pun tak tau. :D

Begitu juga dengan support yahoo search marketing (YSM). Dorang pun cuti jugak pada 26hb waktu US. So lebih kurang 27hb la di Malaysia. Dan sebab itu, servis membuka akaun ysm ditangguhkan selama 2 hari. Saya minta maaf atas penangguhan tersebut.

Akhir kata, salam Aidil Adha, semoga hari raya ini kita dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama kita, dan elakkan lah bersengketa. Insyaallah.

p/s : Buat member di Johor, tahun depan jangan lupe balik rayer.. :P  

Klik Adsense Termahal!

Salam sejahtera,

Hari ni saya terkejut apabila login ke akaun adsense, dan melihat saya mendapat klik yang paling mahal pernah saya dapat. Syukur pada tuhan…

Walaupun hari ni merupakan hari yang penuh debaran buat semua pemilik akaun adsense, tapi saya cekalkan semangat untuk login juga ke akaun adsense untuk melihat earning saya. Alhamdulillah, tak sia-sia saya login apabila melihat screenshot berikut,

High Paying Keyword

Credit to Cikgu Abu Hanis atas ilmu yang dicurahkan. Untuk pengetahuan, setiap kali keluar kotak merah seperti dalam screenshot di atas, itu ialah tanda-tanda -G-  sedang melakukan operasi “pembersihan”. Jadi, semua pemilik akaun adsense akan berdebar-debar menanti sesi maintenance itu selesai, termasuk lah saya.

Diharap akaun adsense kita semua akan selamat, Insyaallah.

Related Posts with Thumbnails
Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.