Archive for January, 2010

Earning Disember, Servis CIMB vs BSN

Salam Sejahtera,

Alhamdulillah bulan ni saya berkesempatan lagi untuk merasa duit dari Google Adsense.  Tapi jumlahnya agak kurang sedikit berbanding bulan lepas, mungkin disebabkan bulan 12 ramai advertiser bercuti awal sempena sambutan Krismas. Jadi earning tidaklah begitu mencanak seperti bulan 11. Huhu…

Walaupun begitu, earning adsense bulan 1 telah mula kembali kepada rentak asal. Alhamdulillah.. Insyaallah jika ada rezeki, akhir bulan 2 nanti satu lagi catatan sejarah baru dalam diari adsense saya bakal muncul. Doa-doakan lah yer.. :)

Bulan ni Google agak lambat sikit bayar gaji kepada publisher. Bulan-bulan lepas, 24hb google dah buat payment in progress. Dan 26hb payment dah issued. Tapi bulan ni 26hb baru buat payment in progress, tapi nasib baik 27hb dah issued. Kalau issued esok, kesian dekat publisher yang tinggal di Terengganu, Kelantan, dan Kedah kerana terpaksa cashout pada hari ahad nanti. Huhu..

Saya pun tak nak ketinggalan untuk cash out awal-awal, supaya boleh wat persediaan akaun ysm untuk bulan-bulan seterusnya. Dan untuk pertama kalinya, saya berpeluang untuk cashout lebih dari satu akaun bulan ni. Oleh itu saya buat keputusan untuk mencuba western union di BSN selain di tempat favorite saya, iaitu CIMB. Malangnya hari ni, saya tidak begitu berpuas hati dengan servis dari BSN, bayangkan, di mana letaknya no MTCN dalam “Statement Of Earning” pun tak tahu. hehe… yang paling best, bila pegawai bank tu tanya lebih kurang macam ni,

“Awak agak, berapa earning dalam RM awak dapat bulan ni? Sebab saya tak boleh bagi rate macam tu jer, “

Hahaha….sepanjang saya cashout duit adsense, belum pernah lagi saya di soal macam tu, takkan lah saya pulak yang tentukan berapa rate yang saya nak. Mestilah Google dah tentukan kadar tukarannya, supaya kedua-dua pihak tak rugi. Nak jer saya jawab, RM1000 kot, $1 = RM10, hahaha…tapi dengan baik hati saya jawab, RM340 kot…. :D

Setelah berdiri selama 10-15 minit, pegawai tu kemudian meminta saya duduk. Nasib baik saya telah bersiap sedia dengan salinan IC, kalau tak mungkin saya terpaksa pergi photostat sendiri pula. Padahal selama ni saya pergi ambil duit adsense di bank lain, saya tak pernah bawa salinan IC sekali, kerana kebiasaannya pihak bank yang akan photostat bagi pihak kita untuk salinan dorang. Jadi kita cuma datang bank bawa IC dengan “Statement Of Earning” dari Google Adsense sahaja.

Yang paling kelakar, apabila cap jari saya diambil untuk pengesahan. Haih.. IC tak cukup ke nak buktikan? Aiyoyo…memang agak bengang time tu, kerana dah beberapa tahun saya tak pernah kena ambil cap jari untuk pengeluaran wang. Macam-macam…. tak mengikuti peredaran zaman betul servisnya. :D

Lepas duduk selama 10 minit, baru lah segalanya selesai. Selepas tu saya bergerak pula ke CIMB, selepas tiba no giliran saya, dalam masa 10 minit semuanya selesai. Tak banyak songeh. Pegawai bank ambil form dengan IC yang saya bagi, minta saya tandatangan 2 tempat, kemudian, terus dapat duit, selesai.. Tak perlu nak ambil cap jari. Hahaha…..

Maaflah, post ini bukan semata-mata untuk mengutuk servis di BSN, tapi mengharapkan agar perkhidmatan di BSN dapat ditingkatkan sama taraf seperti bank-bank lain di Malaysia.

Oh ya, rate yang saya dapat hari ni lebih kurang $1 = RM 3.36, doalah agar kadar tukaran bulan depan boleh mencecah RM3.40. hehe…

P:s akaun adsense anda dah cecah usd 100 belum untuk bulan January? Kalau belum usahakan cepat-cepat, kerana bulan January masih berbaki 3 hari lagi… :)

Akhirnya, Mr Red Selamat Sampai……

Salam sejahtera,

Hari jumaat lepas, Mr Red selamat sampai ke tangan saya selepas menempuh perjalanan selama 10 hari. Kesian kat dia, mesti penat, tapi saya dengan excitednya terus mengajaknya untuk bersiar-siar ke seluruh dunia ( melayari internet). Haha..

Siapa Mr Red? Hehe… Mr Red adalah nama yang saya berikan kepada  laptop baru yang saya beli 10 hari lepas secara online. Selepas ambil masa agak lama untuk buat pilihan  jenama laptop yang terbaik, akhirnya saya membuat keputusan untuk membeli Laptop jenama Dell.

Kenapa saya pilih Dell? Sebab utama ialah ada Dell ada warranty on site selama 1 tahun. Maknanya, kalau laptop rosak, tak payah bawak g kedai, call je services center, nanti dia hantar pekerja dia pergi ke tempat anda. Yang kedua, buat masa sekarang, hanya Dell je yang bagi Microsoft Windows 7, Compaq masih lagi dengan Windows Vista, tapi dapat free upgrade ke Windows 7, jadi satu hal la pulak nak kena pergi kedai semata-mata nak upgrade kepada Windows 7.  Sebab yang ketiga, saya tak nak laptop kaler hitam dah. haha..so hanya Dell yang ada laptop yang ada banyak kaler pada harga berpatutan. Laptop HP bentuknya menarik, tapi harganya agak mahal dari Dell walaupun spesifikasinya lagi rendah dari laptop Dell. Logik kah reason saya tu? :D

Model yang saya beli Dell Inspiron 13 warna Red Peach (sebab tu panggil Mr Red). Harganya takde la mahal sangat, RM2360 jer. Harga asal ialah RM 1699, tapi saya upgrade processor jadi Intel Core 2 Duo 2.2Gz, hard disk jadi 320GB, RAM jadi 3GB, dengan tambah graphic cards 512 MB ATI RADEON. So total jadilah RM2360. Model asal boleh tengok kat sini.

Tapi kekurangan model ini ialah takde cd player, so kalau nak main cd/dvd memang tak dapatlah. Kena beli yang external DVD/CD player. Lagi satu yang kurang puas hati ialah lubang USB port agak dekat, so agak payah nak masukkan modem dengan pendrive sekali. Tapi rasanya masalah tu simple jer, nanti beli je sambungan USB port yang banyak-banyak tu. Dari satu lubang, boleh hasilkan 4 lubang terus. Mudah. :D

Yang bab CD/DVD, saya memang jarang pakai CD/DVD, kalau nak tengok cerita pun, download dari internet terus masuk ke hard disk. Takpun saya transfer melalui pendrive jer senang, cepat pun cepat, ye tak.

Kelebihan laptop ni yang saya suka, saiznyayang agak  kecil, 13.3 inci screennya, dengan widescreen. Mula-mula tengok/guna, rasa macam kecik pulak, yela sebelum ni biasa guna laptop saiz 14 inci, tiba-tiba tukar jadi 13 inci pulak. Selain tu yang best ialah laptop ni ringan, hanya seberat 1.76kg jer, senang lah kalau kena bawa ke sana ke mari. Dah puas pakai laptop berat-berat, nak rasa yang ringan pulak. :D

Tapi, apa yang tak best bila beli laptop online ialah, anda tak dapat free gift! Apa yang saya dapat hanyalah laptop dengan charger sahaja, mouse, coolerpad, semua free gift yang orang lain biasa dapat bila beli laptop kat kedai, saya kena beli!  :(

Inilah sedikit sebanyak yang saya dapat kongsikan tentang Mr Red saya ni. Insyaallah nanti kalau ada apa-apa masalah dengan laptop ni, saya akan kongsikan di sini. Senang rakan-rakan nak buat rujukan untuk beli laptop yang terbaik di masa akan datang.

Harapnya, dengan adanya Mr Red ni, saya mampu melaksanakan semua kerja saya yang tertangguh dengan jayanya. Buat Mr Black, terima kasih atas perkhidmatan anda selama ini. Budi mu ku kenang sehingga ke akhir hayat. Haha…. Untuk Mr Red, jom kita cipta sejarah baru! :D

p:s dapat je Mr Red, terus dapat offer job baru. Alhamdulillah.. :)

p:ss jangan tak caya Mr Red pun ada mak angkat tau. :D

p:sss esok luse Insyaallah payment issued, boleh la wat beli pekakas Mr Red perlukan. ;)

19 Klik = USD 33

Salam,

Sekadar post pendek dari saya. Ini ialah earning adsense saya semalam. Selepas hampir sebulan lebih earning adsense saya menurun, Alhamdulillah hari ni kembali meningkat balik. Saya berjaya mendapatkan kembali klik yang berharga lebih dari usd 1 dari setiap klik. Main klik-klik jer yer dah masyuk…. :D

Harapnya prestasi income adsense macam ni akan kekal lama… Insyaallah… :) Hasil ni saya dapat dengan kos kurang dari USD 10 di YSM. Sekadar memberi inspirasi kepada saya dan orang baru dalam adsense untuk lebih fokus dan berjaya dengan adsense. Insyaallah… :)

Selamat Tinggal Celcom, Welcome Digi Broadband!

Salam Sejahtera,

Sejak dari mula sem ni lagi, saya memang dah berniat untuk bertukar daripada pakai free wireless kat U ni kepada satu pakej Broadband yang sesuai. Niat tu makin membara selepas terpaksa bertukar ke bilik baru, yang mana kat bilik baru ni agak sukar untuk mendapat liputan free wireless. Kalau dapat pun, asyik putus-putus je, dan tidak stabil. Hati terasa sakit giler bila terpaksa melayan kerenah internet yang sekejap ada sekejap takde ni. Macam iklan chipsmore pulak.

Oleh kerana terlalu emergency nak pakai internet ni, saya akhirnya cuba pakai Pakej Celcom Broadband Prepaid dengan bayaran rm20 seminggu.  Kelajuan yang saya dapat boleh la kalau setakat nak bukak 2-3 tab pada satu-satu masa, tapi tidak cukup untuk memuaskan hati saya. Yelah, sekali bukak internet, kalau boleh semua laman web nak bukak. Hehe…

Disebabkan kos yang agak mahal, lebih kurang rm80 sebulan, dengan kelajuan tak seberapa, then i’m trying to change to celcom postpaid plan di mana untuk pakej student, hanya perlu bayar rm50 sebulan, dengan free modem. Tapi bila difikirkan balik, kelajuan tetap sama, 384Kbps walaupun berlainan pakej. Jadi saya cancelkan niat tersebut!

Selepas buat sedikit survey, akhirnya saya memilih Pakej Broadband untuk student dari Digi. Itu pun selepas beberapa kali membuat survey di laman web penyedia broadband. Apa kelebihan yang saya nampak pada Digi Broadband ni? Pertama, ia mempunyai speed yang lebih tinggi dari mana-mana penyedia telco broadband kat penang ni. Merujuk pada apa yang jurujual tu cakap, speed boleh mencecah sehingga 700Kbps untuk download dan 200Kbps untuk upload!

Yang kedua, saya ingin mengurangkan kos permulaan yang saya perlu bayar, jadi dengan pakej Digi Broadband ni saya hanya perlu bayar rm100 untuk fee registration, then pada bulan 3 baru saya perlu membuat bayaran rm26 dan bulan keempat dan seterusnya saya hanya perlu bayar rm58 setiap bulan. Untuk Celcom, tak pasti pula berapa kena bayar, tapi dengar-dengar dalam rm150 kot…

Apalah ada dengan beza rm8 bayaran bulanan jika kelajuan yang saya dapat dari Digi adalah 2 kali ganda lebih laju dari Celcom. Tak percaya? Cari perbezaan speedtest di antara gambar di bawah dengan gambar di atas.

Faktor yang ketiga, paling tak dapat tahan bila tengok jurujual tu buat demo play video kat youtube, smooth giler! Bayangkan tak tersekat-sekat sedikit pun! Sepanjang hayat guna broadband, belum pernah jumpe broadband yang mampu play terus tanpa tersekat-sekat. Inilah kali pertama. Memang terus jatuh hati la lepas tu..hehe.. Dan, lagi satu, bila jurujual tu cakap pakej ni UNLIMITED usage! Maknanya kalau register pakej ni kat penang, boleh dapat UNLIMITED usage volume. Tapi kalau register kat tempat lain, limit pada 3GB je untuk pakej rm58 ni. Tapi kata jurujual tu mungkin tak leh caya sangat, sebelum dibuktikan, yela mana tau saja nak tarik hati pelanggan. Hoho…

Cuma sayangnya, liputan Digi belum meluas lagi ke seluruh negara. Kalau nak dapat speed macam gambar di atas anda perlu berada di kawasan Penang, Klang dengan Kota Kinabalu je. Kawasan lain dengarnya akan diupgrade pada tahun 2010 ni. Jadi, hanya di Penang saja lah saya boleh guna Digi Broadband Student Package ni, di Kuala Terengganu masih belum boleh lagi. Kena tunggu akhir tahun ni la kot.

Walau apapun, ini adalah broadband paling best saya pernah guna setakat ni.. Oppss… P1 Wimax tak termasuk sebab kat tempat saya tak dapat coverage P1 Wimax… Maaf ye pengguna Wimax.. ;)

Tahun Baru, Azam Baru, Bf Baru?

Salam Sejahtera,

Agak sedikit terlewat rasanya untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada pembaca blog SnaKaZ Dot Com. Pastinya, bila tiba tahun baru, semua orang cakap pasal azam tahun baru, takde benda lain dah. Sebelum buat azam tahun baru, lebih baik kita muhasabah diri dulu sama ada azam yang kita buat pada tahun 2009 sudah tercapai ke belum. Jika dah tercapai, Alhamdulillah, jika belum, usahakan sehingga berjaya.

Alhamdulillah, azam saya tahun lepas berjaya juga saya capai walaupun sudah tiba pada awal tahun 2010. Haha… tahun lepas, saya berazam untuk mengumpul duit yang saya dapat secara online untuk mendapatkan lesen kereta, dan juga laptop baru. Alhamdulillah, saya berjaya memperoleh lesen kereta pada bulan 8 yang lalu, dan laptop baru bakal tiba dalam 14 hari lagi.  Tunggukan review dari saya mengenai “boyfriend” terbaru saya tu yer!

Mengenai azam 2010, saya telah meletakkan target saya sendiri, dan saya lebih suka bercakap mengenainya setelah azam tu terlaksana.  Yang penting, saya perlu fokus pada apa yang saya mahu kecapi selepas 2 tahun. Saya memberikan tempoh 2 tahun untuk saya mencapai cita-cita tersebut, dan pastinya ia lebih hebat dari sebuah laptop! Hoho..

Walaupun begitu, yang paling penting, saya mesti memberi lebih tumpuan kepada pelajaran memandangkan ini adalah semester terakhir saya di USM. Owh… tak sabarnya nak Grad! haha… Bermula bulan 5 ni, saya akan mengikuti Latihan Industri, dan Insyaallah pada bulan 8 saya akan bergelar graduan.

Bila dilihat pada jadual saya di tahun 2010 ini, semuanya memerlukan tumpuan yang lebih dari saya, dan mungkin tahun ini saya akan mula belajar bergerak “underground”, lebih banyak menjadi “silent reader” di forum-forum, dan hanya fokus pada 1-2 teknik buat duit online sahaja. Sudah pasti salah satunya teknik F2R, kerana F2R adalah teknik buat duit online secara autopilot!

Related Posts with Thumbnails
Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.