Archive for the ‘Personal’ Category
Sudah 2 Tahun Rupanya…..
Thursday, August 5, 2010 22:28 No CommentsSalam Sejahtera,
Agak lama blog ini ditinggalkan tanpa info yang terbaru. Tanpa disedari blog SnaKaZ Dot Com sudah memasuki usia 2 tahun penubuhannya. Sekejap sahaja masa berlalu. Dalam tempoh 2 tahun ni bermacam-macam dugaan yang telah dilalui sepanjang bergelar part time internet marketer. Apa yang mampu diharapkan ialah semoga informasi-informasi di blog ini mampu memberi manfaat kepada setiap pembacanya, Insyaallah.
Apa pun, di harap SnaKaZ Dot CoM mampu hidup sampai bila-bila… Amin…
Seterusnya...
Internship : My 1st Experience!
Sunday, June 6, 2010 0:34 1 CommentSalam sejahtera,
Hari ini merupakan cuti hujung minggu keempat untuk saya semenjak saya memulakan sesi latihan praktikal di salah sebuah firma akauntan yang terletak di Kuala Terengganu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, dan setakat ini, saya gembira dapat menjalani latihan di situ.
Ini adalah pengalaman bekerja yang pertama kalinya buat saya. Mungkinkah ini juga adalah pengalaman kerja yang terakhir? Tak siapa yang tau.
Secara tidak langsung, ini adalah pengalaman pertama saya untuk berdepan rakan-rakan sekerja yang lain dan bertemu dengan dunia luar. Walaupun pada mulanya agak tidak biasa, tapi Alhamdulillah lama-lama mula berasa selesa dengan situasi di situ.
Seterusnya...
Aduhh!! Jom Bangun Balik!
Friday, May 7, 2010 18:17 No Comments
Salam sejahtera,
Hampir sebulan setengah blog ini menyepi dari post-post terbaru. Ranking Alexa jatuh merudum. Kalau tak silap akhir bulan 3 hari tu ranking Alexa dalam lingkungan 1.4 juta, sekarang dah jatuh ke 2 juta. Camne la target 2010 untuk dapat ranking bawah 1 juta akan tercapai kalau berterusan malas nak update blog. Huhuu..
Btw, senyap selama sebulan bukan senyap tanpa kerja. Biasalah, bulan April bulan berperang dengan final exam untuk student U. Lebih-lebih lagi ini merupakan final exam terakhir saya di USM, jadi kena lah fokus lebih (walaupun tak fokus mana).
Dalam pada itu, saya akui yang saya Seterusnya...
Bila Master G Mengamuk…
Monday, March 15, 2010 20:33 7 Comments
Salam Sejahtera,
Permulaan bulan march rupanya tidak begitu memberikan “luck” kepada saya dalam menjana pendapatan online. Seperti yang diketahui ramai, awal bulan 3 menunjukkan permulaan masalah dari YSM, dan pada minggu ke dua pula masalah dari Google Adsense pulak timbul.
Kepada mereka yang tak terkena tempias amukan Master G, tahniah saya ucapkan. huhu… Musim lalu akaun saya pun terselamat, tapi musim ni entah macam mana boleh terkena pula. Mungkin dah tiada rezeki. Tapi takpelah sekurang-kurangnya saya dah dapat cover balik semua modal yang saya keluarkan untuk menjana pendapatan online.
Alhamdulillah, masalah ysm telah pun dapat diselesaikan. Yang paling best, Seterusnya...
I Need Motivation Please!
Saturday, March 6, 2010 22:54 5 CommentsSalam Sejahtera,
Seminggu tanpa update, agak lama juga tu. Sebenarnya dalam kepala tak tau nak tulis apa dalam post ni, tapi takpe lah bagi lah saya mengarut sikit dalam post kali ini ya. Huhu…
Kalau ikutkan perasaan, nak mengamuk pun ada, tapi bila ikut akal fikiran, pasti akan ada cara lebih baik bakal muncul tak lama lagi, Insyaallah. Ini semua gara-gara beberapa masalah baru yang timbul sepanjang bulan March ni. Nampak gaya beberapa projek terpaksa ditangguhkan serta merta. Ditangguhkan sehingga habis musim kemarau. Apa masalah tu? Biarlah ia hanya terpendam jauh dalam kepala ni jer…



