Earning Disember, Servis CIMB vs BSN

Salam Sejahtera,

Alhamdulillah bulan ni saya berkesempatan lagi untuk merasa duit dari Google Adsense.  Tapi jumlahnya agak kurang sedikit berbanding bulan lepas, mungkin disebabkan bulan 12 ramai advertiser bercuti awal sempena sambutan Krismas. Jadi earning tidaklah begitu mencanak seperti bulan 11. Huhu…

Walaupun begitu, earning adsense bulan 1 telah mula kembali kepada rentak asal. Alhamdulillah.. Insyaallah jika ada rezeki, akhir bulan 2 nanti satu lagi catatan sejarah baru dalam diari adsense saya bakal muncul. Doa-doakan lah yer.. :)

Bulan ni Google agak lambat sikit bayar gaji kepada publisher. Bulan-bulan lepas, 24hb google dah buat payment in progress. Dan 26hb payment dah issued. Tapi bulan ni 26hb baru buat payment in progress, tapi nasib baik 27hb dah issued. Kalau issued esok, kesian dekat publisher yang tinggal di Terengganu, Kelantan, dan Kedah kerana terpaksa cashout pada hari ahad nanti. Huhu..

Saya pun tak nak ketinggalan untuk cash out awal-awal, supaya boleh wat persediaan akaun ysm untuk bulan-bulan seterusnya. Dan untuk pertama kalinya, saya berpeluang untuk cashout lebih dari satu akaun bulan ni. Oleh itu saya buat keputusan untuk mencuba western union di BSN selain di tempat favorite saya, iaitu CIMB. Malangnya hari ni, saya tidak begitu berpuas hati dengan servis dari BSN, bayangkan, di mana letaknya no MTCN dalam “Statement Of Earning” pun tak tahu. hehe… yang paling best, bila pegawai bank tu tanya lebih kurang macam ni,

“Awak agak, berapa earning dalam RM awak dapat bulan ni? Sebab saya tak boleh bagi rate macam tu jer, “

Hahaha….sepanjang saya cashout duit adsense, belum pernah lagi saya di soal macam tu, takkan lah saya pulak yang tentukan berapa rate yang saya nak. Mestilah Google dah tentukan kadar tukarannya, supaya kedua-dua pihak tak rugi. Nak jer saya jawab, RM1000 kot, $1 = RM10, hahaha…tapi dengan baik hati saya jawab, RM340 kot…. :D

Setelah berdiri selama 10-15 minit, pegawai tu kemudian meminta saya duduk. Nasib baik saya telah bersiap sedia dengan salinan IC, kalau tak mungkin saya terpaksa pergi photostat sendiri pula. Padahal selama ni saya pergi ambil duit adsense di bank lain, saya tak pernah bawa salinan IC sekali, kerana kebiasaannya pihak bank yang akan photostat bagi pihak kita untuk salinan dorang. Jadi kita cuma datang bank bawa IC dengan “Statement Of Earning” dari Google Adsense sahaja.

Yang paling kelakar, apabila cap jari saya diambil untuk pengesahan. Haih.. IC tak cukup ke nak buktikan? Aiyoyo…memang agak bengang time tu, kerana dah beberapa tahun saya tak pernah kena ambil cap jari untuk pengeluaran wang. Macam-macam…. tak mengikuti peredaran zaman betul servisnya. :D

Lepas duduk selama 10 minit, baru lah segalanya selesai. Selepas tu saya bergerak pula ke CIMB, selepas tiba no giliran saya, dalam masa 10 minit semuanya selesai. Tak banyak songeh. Pegawai bank ambil form dengan IC yang saya bagi, minta saya tandatangan 2 tempat, kemudian, terus dapat duit, selesai.. Tak perlu nak ambil cap jari. Hahaha…..

Maaflah, post ini bukan semata-mata untuk mengutuk servis di BSN, tapi mengharapkan agar perkhidmatan di BSN dapat ditingkatkan sama taraf seperti bank-bank lain di Malaysia.

Oh ya, rate yang saya dapat hari ni lebih kurang $1 = RM 3.36, doalah agar kadar tukaran bulan depan boleh mencecah RM3.40. hehe…

P:s akaun adsense anda dah cecah usd 100 belum untuk bulan January? Kalau belum usahakan cepat-cepat, kerana bulan January masih berbaki 3 hari lagi… :)

Related Posts with Thumbnails
Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks