Earning Disember, Servis CIMB vs BSN




Salam Sejahtera,

Alhamdulillah bulan ni saya berkesempatan lagi untuk merasa duit dari Google Adsense.  Tapi jumlahnya agak kurang sedikit berbanding bulan lepas, mungkin disebabkan bulan 12 ramai advertiser bercuti awal sempena sambutan Krismas. Jadi earning tidaklah begitu mencanak seperti bulan 11. Huhu…

Walaupun begitu, earning adsense bulan 1 telah mula kembali kepada rentak asal. Alhamdulillah.. Insyaallah jika ada rezeki, akhir bulan 2 nanti satu lagi catatan sejarah baru dalam diari adsense saya bakal muncul. Doa-doakan lah yer.. :)

Bulan ni Google agak lambat sikit bayar gaji kepada publisher. Bulan-bulan lepas, 24hb google dah buat payment in progress. Dan 26hb payment dah issued. Tapi bulan ni 26hb baru buat payment in progress, tapi nasib baik 27hb dah issued. Kalau issued esok, kesian dekat publisher yang tinggal di Terengganu, Kelantan, dan Kedah kerana terpaksa cashout pada hari ahad nanti. Huhu..

Saya pun tak nak ketinggalan untuk cash out awal-awal, supaya boleh wat persediaan akaun ysm untuk bulan-bulan seterusnya. Dan untuk pertama kalinya, saya berpeluang untuk cashout lebih dari satu akaun bulan ni. Oleh itu saya buat keputusan untuk mencuba western union di BSN selain di tempat favorite saya, iaitu CIMB. Malangnya hari ni, saya tidak begitu berpuas hati dengan servis dari BSN, bayangkan, di mana letaknya no MTCN dalam “Statement Of Earning” pun tak tahu. hehe… yang paling best, bila pegawai bank tu tanya lebih kurang macam ni,

“Awak agak, berapa earning dalam RM awak dapat bulan ni? Sebab saya tak boleh bagi rate macam tu jer, “

Hahaha….sepanjang saya cashout duit adsense, belum pernah lagi saya di soal macam tu, takkan lah saya pulak yang tentukan berapa rate yang saya nak. Mestilah Google dah tentukan kadar tukarannya, supaya kedua-dua pihak tak rugi. Nak jer saya jawab, RM1000 kot, $1 = RM10, hahaha…tapi dengan baik hati saya jawab, RM340 kot…. :D

Setelah berdiri selama 10-15 minit, pegawai tu kemudian meminta saya duduk. Nasib baik saya telah bersiap sedia dengan salinan IC, kalau tak mungkin saya terpaksa pergi photostat sendiri pula. Padahal selama ni saya pergi ambil duit adsense di bank lain, saya tak pernah bawa salinan IC sekali, kerana kebiasaannya pihak bank yang akan photostat bagi pihak kita untuk salinan dorang. Jadi kita cuma datang bank bawa IC dengan “Statement Of Earning” dari Google Adsense sahaja.

Yang paling kelakar, apabila cap jari saya diambil untuk pengesahan. Haih.. IC tak cukup ke nak buktikan? Aiyoyo…memang agak bengang time tu, kerana dah beberapa tahun saya tak pernah kena ambil cap jari untuk pengeluaran wang. Macam-macam…. tak mengikuti peredaran zaman betul servisnya. :D

Lepas duduk selama 10 minit, baru lah segalanya selesai. Selepas tu saya bergerak pula ke CIMB, selepas tiba no giliran saya, dalam masa 10 minit semuanya selesai. Tak banyak songeh. Pegawai bank ambil form dengan IC yang saya bagi, minta saya tandatangan 2 tempat, kemudian, terus dapat duit, selesai.. Tak perlu nak ambil cap jari. Hahaha…..

Maaflah, post ini bukan semata-mata untuk mengutuk servis di BSN, tapi mengharapkan agar perkhidmatan di BSN dapat ditingkatkan sama taraf seperti bank-bank lain di Malaysia.

Oh ya, rate yang saya dapat hari ni lebih kurang $1 = RM 3.36, doalah agar kadar tukaran bulan depan boleh mencecah RM3.40. hehe…

P:s akaun adsense anda dah cecah usd 100 belum untuk bulan January? Kalau belum usahakan cepat-cepat, kerana bulan January masih berbaki 3 hari lagi… :)




Related Posts with Thumbnails
Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

19 Responses to “Earning Disember, Servis CIMB vs BSN”

  1. madlut says:

    fuh..tahniah la nad..hehe
    nie yang wat tak sabar nak belajar nie..hehe

  2. Sain-Web.Com says:

    Tahniah, dengan income adsense…moga2 bulan depan lebih kencang..awak guna YSM la ye sedut trafik kat blog adsense?..mesti lagi kencang…saya plak tarik trafik dari search engine google je…fully seo..

  3. NaDiaH KaRiM says:

    thanks… semoga anda juga dapat hasil yang sama… :D

  4. NaDiaH KaRiM says:

    Terima kasih….Aáh guna ysm jer… Harap-harap macam tula moga-moga rezeki bertambah bulan depan…. :)

    Lepas ni ingt nak try seo jgk, tapi tgh cuba cari masa ni… :)

  5. titan says:

    tahniah. leh beli keta baru plak nanti..

  6. NaDiaH KaRiM says:

    Insyaallah…. kalu dapat red saga pun dah syukur….hehehe….

  7. alim18 says:

    Tahniah nadia…emm, boleh sy tau anggaran berapa USD diperlukan untuk promosi YSM setiap bulan? sy ada beli ebook F2R cuma baru nak jalan ni insyaAllah…

  8. kasmin says:

    uikss..kat bsn punya kena cap cari jugak ke… rasenye sy ambik aritu xde pulak… lain tempat lain caranye kot.. satu je sy nak puju bsn ni… kat bsn ni dia siap bagi fotostat history berape earning kita dapat 2 keping fotostat pulak tu.. kat cimb xde pulak cuma salinan borang yg kita isi tu je yg dpt… ape2 pon tahniah2!!

  9. NaDiaH KaRiM says:

    hehe…terima kasih…. saya bajet ysm mengikut berapa earning saya nak dapat bulan tu…. Contoh, saya trget nak usd 200 bulan ni. 1 akaun ysm ada usd 130, dengan anggaran kos = modal, saya bajet 1 1/2 akaun ysm la untuk dapat usd 200 tu… so modal sebenar dalam usd 62.. :)

  10. Kimizo says:

    aah, bsn ni banyak songeh sikit
    sayanya kes, dia siap tanya lagi sape yang hantar duit ni
    :-)

    er leh ek hari yang sama amik duit GA kat bank yang berlainan dengan nama akaun yang sama

  11. Apeh says:

    Apesal Nadieyaa x buat simple site untuk Adsense.Lps tuh SEO’kan ajer.Semua automatik.

    Lepas tuh boleh fokus study.tahun nie last kan?

    http://www.5dollarformula.com/

    ps:dulu Nadieyaa skolah mane? mcm penah dgr name Nadiah Karim.SKPBB ker?

  12. Hafiz Nasser says:

    makin kencang dapat duit dari Adsense. so far ok tak guna YSM? kiranya masih untung la ye.

    hari tu cashout kat CIMB tmn melawati. mmg pantas. tak mcm CIMB kg pandan. tapi nk tggu nombor tuh, berejam jgkla.

    apa2hal pun, tahniah nadieya.

  13. Afandi says:

    Saya cash out kat pejabat pos lagi teruk. Hampir 40 minit. 2-3 orang kerani yang buat, kesihan lak tengok. 2-3 kali telefon ke main office kot…

    Tapi ni pengalaman pertama saya dan kerani-kerani tu, mungkin kali kedua lebih mudah kot.

    Tahniah…

  14. NaDiaH KaRiM says:

    hehe…tula kadang2 masalah jugak kalau pergi kat cawangan yang tak begitu familiar dengan pembayaran western union ni…. tapi xpe la leh jadikan pengajaran… :)

  15. NaDiaH KaRiM says:

    Setakat ni Alhamdulillah lagi guna YSM, xde masalah sangat, cuma masalah biasa-biasa la, harga klik naik turun, nak apply akaun ysm, cmtu jer laa… :)

  16. NaDiaH KaRiM says:

    huhu…sekarang masih belajar cara SEO yang cepat dan pantas, Apeh x nak share ke teknik SEO yang digunakan? :D

    ps: ya budak sekolah SKPBB dulu… da x cam member ka? :p

  17. NaDiaH KaRiM says:

    Hehe…sabar jela dengan kerenah dorang ni…. lepas ni x nak p dah BSN, cari bank lain pulak…. Maybank ke, RHB ke, xpun pos office je senang.

    A’áh cash out 2 akaun terus dalam 1 hari.. setakat ni xde problem lagi… Insyaallah… :)

  18. titan says:

    red saga? dah takde dah kaler merah melainkan kalau ambil SE. SE ada dua kaler. putih dan merah.

    Red saga? Hehe..

  19. NaDiaH KaRiM says:

    hehe…. xkisah la kete pape, asal kaler merah…hehehe….tu yg penting… :D

Leave a Reply

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.