4 Tips Utama Bagaimana Menjaga Multiple Akaun Adsense

Salam Sejahtera,

Dalam post yang lalu, saya ada menceritakan bagaimana cara yang mudah dan pantas untuk membuka multiple akaun adsense. Kali ini saya akan berkongsi cara untuk menjaga akaun-akaun anda supaya selamat dari terkena penangan pakcik -G-.

Ini kerana ramai yang bertanyakan saya bagaimana cara untuk menjaga multiple akaun adsense tanpa perlu risau akaun anda di XXX oleh pakcik -G-.

Antara teknik yang saya gunakan ialah:

1- Memastikan setiap akaun tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Oleh kerana saya menggunakan teknik F2R, maka saya tidak perlu membeli banyak domain, kerana dengan hanya satu domain, saya boleh membuat berpuluh-puluh laman web bergantung kepada space dan bandwith hosting yang saya pakai. Tapi, saya akan pastikan satu domain hanya mengandungi satu akaun adsense sahaja, bermaksud, semua laman web di bawah domain tersebut mempunyai id adsense yang sama.

2- Bertukar IP setiap kali login akaun

Saya selalu memaksa diri saya untuk meng”clear”kan cookies dan bertukar ip address setiap kali selepas login ke satu-satu akaun adsense. Jika anda login kedua-dua akaun anda menggunakan ip address yang sama, sah-sah la -G- akan tahu yang pemilik kedua-dua akaun tu orang yang sama.

3- Login akaun mengikut masa yang ditetapkan

Saya selalunya menetapkan masa yang tertentu untuk login satu-satu akaun adsense, di mana, saya tidak akan terus login ke akaun ke 2 selepas selesai melihat akaun pertama. Contoh, saya menetapkan untuk melihat akaun adsense pertama setiap hari pukul 10 pagi, manakala akaun kedua akan saya login pada pukul 2 petang.

4- Login akaun menggunakan browser berlainan

Jika di laptop anda mempunyai banyak web browser, apa salahnya mengasingkan web browser mengikut akaun adsense anda. Contoh, anda mempunyai 2 akaun adsense, dan di laptop anda menggunakan Internet Explorer dan Mozilla. Apa kata setiap kali login ke akaun adsense 1, anda menggunakan Mozilla Firefox, kemudian untuk akaun adsense ke 2 anda login menggunakan Internet Explorer.  Jika anda mempunyai lebih dari 2 akaun, jangan risau, Google Chrome masih ada, paling tidak Safari, milik Apple. Anda boleh search di google untuk mendapatkan web browser tersebut.

Ini adalah antara sedikit sebanyak tips yang dapat saya kongsikan. Jika ada lagi tips-tips lain yang anda gunakan, silalah berkongsi di sini ye… :)

Related Posts with Thumbnails
Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks