iFrame Oh iFrame!
Salam sejahtera,
Dah berdebu agaknya blog ni sebab lama sangat takde post baru. Hoho.. Sebenarnya blog Snakaz.COm di serang oleh virus iFrame. Virus ni merebak melalui software FileZilla yang selalu kita gunakan kalau nak upload file dalam hosting. Virus ni memang cerdik sebab dia boleh ingat username n password hosting kita. Nak-nak kalau kita ada simpan username dan password kat FileZilla tu…Hampir sebulan jugak la blog ni masuk wad.
Apa virus ni buat?
Virus ni akan “makan” file bernama index kat dalam hosting kita. So bila dia dah attack file index ni, tak kira la file index.html or index.php habis rosaklah laman web tu, macam yang terjadi kat blog Snakaz.Com ni, blog ini bertukar menjadi putih berseri gara-gara file index.php rosak. Hoho….
Dah tu nak buat camne?
Jika anda terkena, cepat-cepat bagitau kepada hosting provider sebelum website anda di suspend. Nasib baik lah ari tu saya sempat mengadu kepada support hosting OneBytes tentang masalah ni, dan Alhamdulillah atas pertolongan saudara Diddy saya berjaya membuang virus-virus tersebut. Tapi masalah lain pula timbul, iaitu macam mana nak baiki file yang kena makan tu?
Nak tak nak, saya terpaksa export segala post (database) kat blog ni ke laptop saya, kemudian uninstall wordpress untuk membuang segala file wp yang rosak. Lepas tu baru saya install balik wordpress ke tempat asalnya. Akhir sekali, masukkan balik database yang saya export tadi.
Akhirnya segalanya selesai. Nasib baik lah wordpress versi 2.8.4 ni memang betul-betul memudahkan kerja para blogger yang menggunakan wordpress. Anda boleh mencari themes baru dan terkini melalui dashboard sahaja, kemudian aktifkan, tidak perlu lagi mencari melalui google, download, dan upload balik menggunakan ftp. Begitu juga dengan plugin, tidak perlu lagi menyelongkar di dalam mana-mana folder, anda hanya perlu search, kemudian install, dan aktifkan. Ohh…senangnye…
Sekarang, saya sudah tidak menggunakan FileZilla lagi, software FTP yang saya gunakan sekarang hanyalah CoreFTP, itu pun sebab ramai kata CoreFTP belum pernah menimbulkan masalah lagi. Jadi kepada sesiapa yang menggunakan FileZilla, lebih baik bertukar kepada CoreFTP sebelum virus iFrame menyelinap masuk ke laman web anda.
SELAMAT TINGGAL FILEZILLA!!



