Dapat Duit Dari DP
salam…
hari ni nak share kongsi lagi dengan rakan-rakan semua tentang pendapatan yang saya dapat dari DP. Alhamdulillah, hari ni sy berjaya dapat lagi $2 setelah membuat kerja tak sampai 15 minit pun semalam. Kerja apa? kerjanya hanyalah mendaftar di laman web yang dikehendaki kemudian dapat la duit… Hehehe… Mudahkan? nanti ada masa akan saya letakkan disini buktinya..
Buat Duit Dengan Digital Point
Salam…..
Hari ni saya nak berkongsi satu lagi sumber pendapatan saya secara sampingan di internet ni iaitu melalui forum Digital Point. Dalam tempoh tak sampai 15 minit, saya berjaya mendapat usd2…. Ini semua gara-gara e-book usd50 sehari dari Raja Kamil… Setelah begitu lama mencuba, akhirnya berjaya jugak saya buat duit dari DP ni yer… Walaupun tak banyak, tapi yang pasti langkah pertama telah di ambil, jadi nak tak nak lepas ni kena teruskan sehingga ke pangkal lengan… Hehe… [paling kurang dapat $25 $60 sehari:D ] So, kalau nak buat duit free macam sy dapat ni, jangan lupa beli e-book dr Raja Kamil USD50 sehari…
Buat Duit Dengan Associated Content
Salam…
setelah agak lama tidak update blog, hari ni saya nak berkongsi dengan anda tentang pendapatan kedua saya dari internet, iaitu daripada Associated Content. Jika anda merupakan salah seorang ahli di forum WangCyber, pasti anda tau apakah itu Associated Content (AC). Alhamdulillah, setakat ni saya berjaya mendapat lebih kurang $15 daripada AC ni…walaupun tak banyak tapi ok la sebab baru buat benda ni selama 2 minggu. Kalau 4 minggu dah $30 kan? Darab lak dengan RM3.50, dapat la dalam RM100 sebulan… Hehe..betul ke saya kira? Sebenarnya salah…nak dapat duit dari AC ni senang jer, cuma bergantung kepada berapa lama masa yang kita peruntukkan untuk dapat duit dengan AC ni…. So ia tak spesifik, atau tak tetap, tapi bergantung kepada usaha anda… Iskh..pening tak baca apa yang saya tulis ni…hehehe…
Ok la…saya terang dulu apa sebenarnya AC ni.. AC kalau menurut dari dalam e-book yang saya beli dari saudara Dilemma (WC), membeli artikel untuk di paparkan di laman web mereka….AC bayar melalui 2 cara, iaitu upfront payment, dan performance payment. Upfront Payment (UP) ialah bayaran yang di terima selepas artikel kita di terima untuk disiarkan di laman web AC. Manakala Performance Payment (PP) ialah bayaran yang di terima setiap kali artikel kita itu mencapai 1000 view.. Kebiasaan UP boleh mencecah sehingga usd20 per artikel, tapi bergantung kepada kualiti artikel la. Tapi untuk PP bayaran bagi setiap 1000 view hanyalah usd1.50 jer…
Tapi yang tak bestnya, UP hanya layak untuk warganegara US… So tak syok la kan untuk kita rakyat malaysia nak cari duit dari AC ni… Tapi dalam e-book dari saudara Dilemma ni telah pn diterangkan caranya langkah demi langkah… memang mudah…
Setakat hari ni, dah 3 artikel saya telah diterima dan setiap 1 artikel bernilai $4… Darab RM3.50, kira-kira RM14 untuk satu artikel yang hanya mengandungi 400-500 perkataan BI yang simple-simple jer… Kalau kat sini sapa nak bagi duit banyak camtu kan.. Paling kurang RM5 untuk 1000 patah perkataan.. Hehe…
Sekarang dah terbukti memang senangkan nak buat duit dengan AC ni… Tapi kena ikut step yang betul la…kalau tak nanti tak pasal-pasal kena ban lak…
So, sekarang saya sedang berusaha untuk meningkatkan lagi pendapatan dengan AC ni.. mana tau dapat $200-$300 sebulan dah boleh belanja anak-anak sedara makan KFC dah tu…
Nak bukti lagi?? Ehmm…Sorry sangat-sangat sebab saya belum pandai nak wat screenshot, kalau tak boleh jugak saya tunjuk bukti duit masuk paypal saya… Lenkali la ye…
Ooohh ye…Kalau sapa-sapa nak beli e-book tu, boleh tinggalkan komen berserta emel anda, nanti saya hubungi anda semula… Zaaasss…
Dapat Duit Dari Matched.Co.Uk
Salam…
Alhamdulillah hari ni buat pertama kalinya saya mendapat duit dari internet, walaupun nilainya tidak lah sebanyak mana, tapi ia adalah sebagai sumber inspirasi saya untuk mendapatkan lebih banyak lagi duit dari internet ni…
Payment yang saya terima dari matched adalah lebih kurang 11 pound british, atau dalam us dollar ada la bernilai $19…
Walaupun tak banyak, tapi lepas lah nak bayar duit topap tiap bulan.. Hehe..
Kalau sesiapa belum tahu apa itu matched.co.uk, matched ni membayar kepada kita berdasarkan iklan dari syarikatnya yang di letakkan dekat blog atau website kita. Maksudnya selagi ada iklan dekat blog tu, selama tu lah kita di bayar. Bunyi macam senangkan? memang senang..tapi nak bagi blog kita diterima tu payah sikit. Berdasarkan apa yang dketahui, matched.co.uk lebih gemar menerima blog mengenai insurance, card credit, finance dan yang sewaktu . Kalau mohon blog-blog macam ni, dalam 3-4 hari dah leh approve.
Tapi pelik jugak kerana blog saya yang di terima ialah blog mengenai Online dating.. dan dalam tempoh seminggu lebih je dah dapat approve…Hehe.. Rezeki kot..
Jika ada permintaan, akan saya terangkan lagi mengenai dapat duit dengan matched.co.uk dengan lebih lanjut… Zaaasss…..
Cari Duit Sampingan
Setelah sekian lama saya tidak mengupdate menulis di blog ini, hari ini terdetik hati untuk menulis pulak.. Tajuk kali ini tidak begitu berkait dengan jutawan tapi berkait dengan duit. Hehe..
Ok sekarang ni saya sedang mencuba mencari duit sampingan melalui forum digital point.. Kerjanya amat mudah, dan saya amat berterima kasih kepada saudara RK yang telah membuka jalan kepada saya.
Berbalik kepada kerja yang saya buat, ia begitu simple mudah kerana hanya memerlukan beberapa step langkah untuk di ikuti. Tapi yang paling penting ialah memerlukan keazaman yang kuat, kerana tanpa azam yang kuat, sedikit dugaan yang datang pun kita anggapnya macam tsunami..huhu
Sekarang, saya hanya beberapa langkah lagi sebelum berjaya mendapat pulangannya. Jika berjaya, akan saya terangkan dengan lebih lanjut nanti dengan buktinya sekali. Harap bersabar ye.. Ok. Jumpa lagi…Taraaa….
Balang Kaca
Kali ini saya berkongsi satu lagi kisah yang hebat menarik untuk di renungkan… Selepas habis baca, jangan lupa untuk tinggalkan komen ye…
Seorang pensyarah di Kolej Safir yang bernama Dr. Izwan kelihatan sudah bersedia memulakan kelas falsafah beliau. Suasana di dewan kuliah sunyi sepi dan para pelajar nampaknya sudah bersedia mendengar syarahan daripada Dr. Izwan.
Kelihatan di atas meja Dr. Izwan terdapat sebuah balang kaca yang besar dan secawan air kopi yang sungguh harum aromanya. Tanpa berkata apa-apa, Dr. Izwan meletakkan beberapa biji bola golf ke dalam balang kaca tersebut sehingga penuh. Kemudian, Dr. Izwan bertanya, “Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?”. Para pelajarnya menjawab, “Ya, balang kaca itu sudah penuh”.
Kemudian, Dr Izwan memasukkan beberapa biji manik ke dalam balang tersebut dan menggoncangkannya. Manik-manik tersebut mengisi ruang-ruang kosong di celah-celah bola golf di dalam balang tersebut. Dr. Izwan bertanya lagi,”Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?”. “Ya”, jawab para pelajarnya.
Kemudian, Dr. Izwan mengisi pula balang tersebut dengan pasir pula. Dengan mudah pasir-pasir tersebut mengisi ruang-ruang yang masih ada di dalam balang kaca tersebut. Dr. Izwan tanpa segan silu bertanya lagi,, “Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?”. “Ya”, jawab para pelajarnya yang nampaknya agak keliru dan terasa seperti diperbodohkan..
Kemudian, dengan yakin Dr. Izwan mengisi balang kaca tersebut dengan air kopinya. Kedengaran suara seperti orang ketawa kecil. Suasana di dalam dewan kuliah mula hingar-bingar seketika. Dr. Izwan sambil tersenyum sinis bertanya,”Adakah balang kaca ini sudah penuh?. Para pelajarnya menjawab, “Ya, sudah penuh”.
Seorang pelajar Dr. Izwan mengangkat tangan sambil bangun dan bertanya,”Kenapakah Dr. Izwan berbuat demikian?”. “Baiklah saya akan terangkan sebabnya…. balang kaca ini melambangkan kehidupan kita semua. Bola golf itu pula melambang perkara-perkara yang paling penting yang perlu diisi ke dalam kehidupan kamu seperti agama kamu, amal ibadah, pelajaran, ibubapa, keluarga dan sekiranya tiada perkara lain pun kehidupan kamu tetap juga penuh. Manik-manik kecil itu pula umpama perkara-perkara keperluan kamu seperti rumah, kereta, pangkat dan sebagainya. Begitu juga pasir tersebut melambangkan perkara-perkara kecil yang lain dalam kehidupan kamu”, jawab Dr. Izwan dengan yakin dan gayanya yang tersendiri.
“Cuba kamu bayangkan jika balang kaca tersebut diisi bermula dengan pasir, sudah tentu ruang untuk bola golf dan manik amat terbatas. Begitulah juga kehidupan, jika kita hanya menghabiskan tenaga dan masa hanya kepada perkara kecil dan remeh… pasti dan pasti kita tiada lagi ruang masa dan tenaga untuk perkara-perkara yang penting dan bermanfaat”, Dr. Izwan menyambung.
Tiba-tiba seorang pelajarnya bertanya, “Habis… air kopi tu melambang apa pula?”. Sambil tersenyum Dr. Izwan menjawab, “Walau sesibuk mana pun kamu semua, ketahuilah bahawa kamu masih lagi punya waktu untuk minum secawan kopi bersama ibubapamu.
Wahai kawan-kawanku sekalian… jika kamu berasa kehidupan ini terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan sehingga anda merasakan masa selama 24 jam itu tidak cukup… sebenarnya anda silap! Berfikirlah dengan akal berpandukan Iman di dalam hati… tentukan yang mana satukah prioriti. Jangan lupa fahami sedalam-dalamnya tafsiran surah Al-’Asr!!!.
Pekakkan Telinga Untuk Berjaya
Salam sejahtera,
Selepas hampir dua bulan saya berhempas pulas cuba untuk membina laman blog sendiri, akhirnya berjaya juga… memang tak sangka…rupanya senang bangat nak buat blog ni…tapi masa yang tak mengizinkan je..
Ok, sebagai permulaan saya akan berkongsi satu kisah dengan anda yang memberi inspirasi kepada saya untuk mencipta langkah bergelar jutawan. Teruskan membaca….
Pada suatu hari ada segerombolan katak-katak kecil yang berlumba lari.
Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi.
Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberi semangat kepada para peserta…
Perlumbaan dimulai…
Secara jujur:
Tak satupun penonton benar2 percaya bahawa katak2 kecil akan mencapai puncak menara.
Terdengar suara:
“Oh, jalannya terlalu sukar !!
Mereka TIDAK AKAN sampai ke puncak.”
atau:
“Tidak ada kesempatan untuk berhasil…Menaranya terlalu tinggi…!!
Katak2 kecil mulai berjatuhan. Satu persatu…
……. Kecuali mereka yang tetap semangat menaiki menara perlahan-lahan semakin tinggi…dan semakin tinggi..
Penonton terus bersorak.
“Terlalu sukar !!! Tak seorangpun akan berjaya!”
Lebih banyak lagi katak kecil lelah dan menyerah…
Tapi ada SATU yang melanjutkan hingga semakin tinggi dan tinggi…
Dia tak akan menyerah!
Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali satu katak kecil yang telah berusaha keras menjadi satu-satunya yang berhasil mencapai puncak!
SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya?
Seorang peserta bertanya bagaimana cara katak yang berhasil menemukan kekuatan untuk mencapai tujuan?
Ternyata…
Katak yang menjadi pemenang itu PEKAK!!!!
Kata bijak dari cerita ini adalah:
Jangan dengar orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis…
…kerana mereka mengambil sebahagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu.
Selalu fikirkan kata2 bertuah yang ada..
Kerana segala sesuatu yang kamu dengar dan kamu baca boleh mempengaruhi perilakumu!
Kerana itu:
Tetaplah selalu….
POSITIVE!
Dan yang terpenting:
Buat PEKAK jika orang berkata kepadamu bahwa KAMU tidak bisa menggapai cita-citamu!
Selalulah berfikir:
I can do this!
Jadi, apa yang penting ialah jangan terlalu mengambil kisah pandangan atau kata-kata orang lain jika anda tau apa yang anda buat adalah betul…..












Recent Comment