Akhirnya, Mr Red Selamat Sampai……
Salam sejahtera,
Hari jumaat lepas, Mr Red selamat sampai ke tangan saya selepas menempuh perjalanan selama 10 hari. Kesian kat dia, mesti penat, tapi saya dengan excitednya terus mengajaknya untuk bersiar-siar ke seluruh dunia ( melayari internet). Haha..
Siapa Mr Red? Hehe… Mr Red adalah nama yang saya berikan kepada laptop baru yang saya beli 10 hari lepas secara online. Selepas ambil masa agak lama untuk buat pilihan jenama laptop yang terbaik, akhirnya saya membuat keputusan untuk membeli Laptop jenama Dell.
Kenapa saya pilih Dell? Sebab utama ialah ada Dell ada warranty on site selama 1 tahun. Maknanya, kalau laptop rosak, tak payah bawak g kedai, call je services center, nanti dia hantar pekerja dia pergi ke tempat anda. Yang kedua, buat masa sekarang, hanya Dell je yang bagi Microsoft Windows 7, Compaq masih lagi dengan Windows Vista, tapi dapat free upgrade ke Windows 7, jadi satu hal la pulak nak kena pergi kedai semata-mata nak upgrade kepada Windows 7. Sebab yang ketiga, saya tak nak laptop kaler hitam dah. haha..so hanya Dell yang ada laptop yang ada banyak kaler pada harga berpatutan. Laptop HP bentuknya menarik, tapi harganya agak mahal dari Dell walaupun spesifikasinya lagi rendah dari laptop Dell. Logik kah reason saya tu?
Model yang saya beli Dell Inspiron 13 warna Red Peach (sebab tu panggil Mr Red). Harganya takde la mahal sangat, RM2360 jer. Harga asal ialah RM 1699, tapi saya upgrade processor jadi Intel Core 2 Duo 2.2Gz, hard disk jadi 320GB, RAM jadi 3GB, dengan tambah graphic cards 512 MB ATI RADEON. So total jadilah RM2360. Model asal boleh tengok kat sini.
Tapi kekurangan model ini ialah takde cd player, so kalau nak main cd/dvd memang tak dapatlah. Kena beli yang external DVD/CD player. Lagi satu yang kurang puas hati ialah lubang USB port agak dekat, so agak payah nak masukkan modem dengan pendrive sekali. Tapi rasanya masalah tu simple jer, nanti beli je sambungan USB port yang banyak-banyak tu. Dari satu lubang, boleh hasilkan 4 lubang terus. Mudah.
Yang bab CD/DVD, saya memang jarang pakai CD/DVD, kalau nak tengok cerita pun, download dari internet terus masuk ke hard disk. Takpun saya transfer melalui pendrive jer senang, cepat pun cepat, ye tak.
Kelebihan laptop ni yang saya suka, saiznyayang agak kecil, 13.3 inci screennya, dengan widescreen. Mula-mula tengok/guna, rasa macam kecik pulak, yela sebelum ni biasa guna laptop saiz 14 inci, tiba-tiba tukar jadi 13 inci pulak. Selain tu yang best ialah laptop ni ringan, hanya seberat 1.76kg jer, senang lah kalau kena bawa ke sana ke mari. Dah puas pakai laptop berat-berat, nak rasa yang ringan pulak.
Tapi, apa yang tak best bila beli laptop online ialah, anda tak dapat free gift! Apa yang saya dapat hanyalah laptop dengan charger sahaja, mouse, coolerpad, semua free gift yang orang lain biasa dapat bila beli laptop kat kedai, saya kena beli! :(
Inilah sedikit sebanyak yang saya dapat kongsikan tentang Mr Red saya ni. Insyaallah nanti kalau ada apa-apa masalah dengan laptop ni, saya akan kongsikan di sini. Senang rakan-rakan nak buat rujukan untuk beli laptop yang terbaik di masa akan datang.
Harapnya, dengan adanya Mr Red ni, saya mampu melaksanakan semua kerja saya yang tertangguh dengan jayanya. Buat Mr Black, terima kasih atas perkhidmatan anda selama ini. Budi mu ku kenang sehingga ke akhir hayat. Haha…. Untuk Mr Red, jom kita cipta sejarah baru!
p:s dapat je Mr Red, terus dapat offer job baru. Alhamdulillah..
p:ss jangan tak caya Mr Red pun ada mak angkat tau.
p:sss esok luse Insyaallah payment issued, boleh la wat beli pekakas Mr Red perlukan.





