Aku, KL dan Memori Semalam
Hari ini ketika duk sorang-sorang kat bilik, tiba-tiba teringat kenangan dulu-dulu sewaktu belajar di Matrik Pasum, UM. Kenangan yang terjadi kira-kira 4 tahun lepas. Time tu, rasanya memang tahun yang paling banyak kenangan indah. Di situlah saya belajar macam-macam, persahabatan, kerinduan, teamwork, dan kesabaran.
Ingat lagi, setiap malam memang langsung tak miss nak study, melainkan malam minggu, dan isnin malam selasa sebab waktu tu tengah duk giler tengok citer Lost. Huhu… Masih teringat setiap petang turun sama-sama pergi kafe beli makanan di kedai abang no 5. Kenapa kitorang panggil no 5, sebab setiap kali dia sebut no 5, bunyinya macam sengau. Hehe..maaf ye bang.
Yang paling tak boleh lupa, bila time dapat tutorial. Mula la bahagi-bahagi tugas, Nak-nak subjek Kimia. Masing-masing kalau boleh taknak salah langsung jawapan tu, sebab kalau banyak salah nanti kena marah dengan Prof Madya Dr Roslinda. Dan kadang-kadang, ada juga pergi pinjam tutorial budak kelas lain, biasanya budak sebelah bilik yang menjadi mangsa.
Lagi kenangan tak boleh lupa, bila time nak ambil result dengan Prof. Muka masing-masing pucat takut result teruk dan kena marah dengan Prof. Haha… Padahal Prof bukan la garang sangat, cuma kitorang yang takut lebih-lebih.
Lagi satu, time nak tunggu waktu tutorial pada sebelah petang, kitorang ramai-ramai tidur dalam surau. Dah la surau tu dah sempit, bila ramai yang tidur dalam tu, lagi la macam ikan sardin. Waktu tu semua malas nak balik kolej sebab malas + penat nak jalan.
Memang banyak kenangan kat situ, terbayang sewaktu kitorang ada lab kimia/fizik, terasa betapa azabnya nak mendaki bukit. Dah la di bawah terik mentari. Nasib baik sekarang dah tak perlu merasai semua tuh. Haha…
Memang, pengalaman mampu membuatkan kita menjadi lebih baik, namun pengalaman juga mampu membuatkan kita menjadi lebih teruk.
Buat teman-teman yang sama-sama belajar di Pasum dulu, Syera, Akmal, Zaza, Yana, Shahirah, Ayum, dan ramai lagi, moga-moga kita menjadi orang-orang yang berjaya.. Insyaallah…
p/ss : Syera, bila aku dapat jumpe ko balik?? Haha…



