Bagaimana Memulakan Langkah Yang Pertama?
Salam,
Adakah anda mengalami masalah seperti tajuk di atas? Jangan risau, itu adalah masalah biasa yang di hadapi oleh orang yang bersemangat waja untuk berjaya. Hehe..
Sejak saya merasmikan blog ini, begitu banyak komen-komen positif yang diberikan oleh pembaca blog ini. Ini amat mengembirakan bagi seorang newbie macam saya yang baru saja mencuba-cuba mengenali dengan lebih lanjut bagaimana nak dapat sekupang dua dari internet ini. Walaupun ramai yang kata nak dapat duit dari internet ni susah, tapi sebenarnya lagi senang. Cuma yang penting jika betul-betul berminat nak dapat duit kat internet, fokus kena ada. Jangan sekali-kali anda buat kerja separuh jalan, kalau tak macammana nak dapatkan hasil kn?? melainkan anda dah benar-benar pasti program anda sertai itu scam.. Hehe..
Selain tu, kena pastikan bidang yang nak ceburi tu betul-betul sebati dengan diri kita. Sebagai contoh, kalau tak pandai buat grafik atau rekaan tak payah la saja-saja nak ambil tempahan buat design banner pulak disebabkan ada kawan berjaya dapat $50 untuk satu banner. Yakinkan dalam diri walaupun kita tak ada keistimewaan buat grafik, tapi yang pasti kita masih lagi boleh buat duit di internet.
Sepanjang setahun saya merayau-rayau di internet ni, teknik mencari duit kat internet ni memang bermusim. Sebab itu la saya masih lagi menjadi newbie sehingga sekarang kerana asyik duk terikut-ikut. Orang buat adsense, saya buat adsense, orang buat affiliate, saya pun jadi affiliate hunter jugak, orang duk main PTC, survey, duk ikut jugak. Hehehe…Tapi income tak masyuk-masyuk jugak.
Kenapa tak masyuk? seperti yang saya kata tadi kita kena fokus. Siapa kata adsense tak boleh buat duit? boleh jer.. Contohnya macam saudara Syed Ikhwan, Ringgithit dan juga saudara Munawar. [sekadar beberapa nama]
Kalau affiliate pulak, boleh je tanya saudara Ammar Zahar. Fuhh..teknik dia, tak sampai seminggu dah dapat RM1k, lepas nak makan KFC selama sebulan. Hehe..[berdasarkan kata-katanya kat e-book terbaru, Affiliate A++]
Jadi, apa lagi tetapkan matlamat anda, mahu ceburi bidang apa, kemudian fokus, lakukan dengan sepenuh hati InsyaAllah akan berjaya. Kejayaan tidak akan bergolek, begitu juga duit tidak akan datang melayang. Hehe.. Ok la setakat tu dulu.. Jumpa lagi.



