Bulan Februari Bulan Bergaduh?
Salam Sejahtera,
Best bangat saya rasakan pada cuti seminggu sempena sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini. Ketika kaum cina duk happy sambut Chinese New Year, saya pula happy kerana beroleh seorang lagi anak saudara yang baru di lahirkan pada hari Jumaat, 12 Februari 2010. Cantik kan tarikh lahirnya hanya mengandungi 3 no sahaja, 1,2, dan 0. Ini adalah anak saudara saya yang ke 18. Hoho..ramai kan…
Nama di beri Siti Nur Maisarah. Beliau dilahirkan tidak cukup bulan, tapi nasib baik lah sehari selepas saya balik rumah beliau telah dibenarkan pulang. Sempatlah untuk beramah mesra dengan beliau buat seketika sebelum kembali ke penang. Huhu..
Time cuti baru-baru ni juga saya sempat bertemu rakan-rakan lama sewaktu belajar di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman batch tahun 2000-2003. Memang agak kecoh jugalah walaupun hanya 10 orang yang hadir. Yang lain-lain agak sibuk rasanya, manakala sebilangan yang lain ada masih menyambung pelajaran di oversea.
Dalam sibuk-sibuk bercuti, saya sempat lagi memerhati perkembangan dunia IM di Malaysia ini. Dengan bantuan Mr Yellow (Digi Broadband), saya perhatikan terdapat begitu banyak pergaduhan berlaku di antara IM dengan IM, blogger dengan blogger, Otai dengan newbies, pendek kata semualah. Yang peliknya, semua berlaku di Bulan Februari! Adakah bulan Februari bulan bergaduh? Walhal mengikut kata mat salleh, bulan februari ialah bulan bercintakan? :p
Sebelum ni jarang saya lihat pergaduhan sebegitu berlaku. Mungkin masing-masing agak sensitif pada bulan ni, kerana isu yang pada mulanya nampak remeh, seperti politik, makin bertambah melarat. Sudah-sudahlah bergaduh, dunia ni terlalu kecik, mana tau sedap-sedap duk bergaduh kat blog masing-masing, esoknya berselisih bahu kat MegaMall. Ye tak..mana kita sedarkan? Semua kuasa Tuhan.
Harap-harapnya isu ini akan selesai, kerana dunia IM Malaysia ini begitu kecik. Lambat laun kita akan berjumpa kembali di tempat lain.
Update mengenai adsense, setakat ni hanya mampu running 2 akaun disebabkan kekurangan modal. Huhu.. Agak sengkek bulan ni. Harapnya selepas dapat cashout untuk earning bulan January, saya mampu untuk running 4 akaun sekaligus. Mungkinkah?
Satu lagi akaun telah diserahkan kepada Cikgu Abu, untuk projek ABAH. Doakanlah agar semuanya berjalan lancar. Insyaallah..



