I Need Motivation Please!
Salam Sejahtera,
Seminggu tanpa update, agak lama juga tu. Sebenarnya dalam kepala tak tau nak tulis apa dalam post ni, tapi takpe lah bagi lah saya mengarut sikit dalam post kali ini ya. Huhu…
Kalau ikutkan perasaan, nak mengamuk pun ada, tapi bila ikut akal fikiran, pasti akan ada cara lebih baik bakal muncul tak lama lagi, Insyaallah. Ini semua gara-gara beberapa masalah baru yang timbul sepanjang bulan March ni. Nampak gaya beberapa projek terpaksa ditangguhkan serta merta. Ditangguhkan sehingga habis musim kemarau. Apa masalah tu? Biarlah ia hanya terpendam jauh dalam kepala ni jer…
Cabaran dan dugaan memang tak putus-putus datang. Itulah namanya kehidupan. Kadang-kadang kita berada di atas, kadang-kadang berada di bawah. Kita pun tak tahu bila kita akan berada di atas, dan bila pula kita akan berada di bawah. Tapi yang pasti kita tak boleh begitu mudah berputus asa, kerana sekali kita berputus asa, mungkin selama-lamanya kita akan berada di bawah.
Misi dalam kepala sekarang, ingin meningkatkan balik motivasi dalam diri yang tengah down nih. Cuba membaca balik peristiwa jatuh bangun seorang businesswoman, seorang blogger, mahupun seorang pengiat adsense. Ataupun seorang CPA player? :p
Habis bab motivasi. Next job kena merangka projek baru untuk menggantikan projek yang ditangguhkan secara paksa. Argh..merangka satu projek dalam keadaan tergesa-gesa memang memeningkan. Sakit kepala, hati, dan perasaan. Namun, nak tak nak kena jugak kerana target untuk tahun ni kena capai jugak ‘by hook or by crook”. Lebih baik susah sekarang, daripada susah di masa akan datang. Masa yang ada perlu digunakan sepenuhnya. Kerana hidup ini terlalu singkat untuk dibazirkan..
Doakan semuanya berjalan dengan lancar. Insyaallah…




