Perubahan Baru Menjelang 21 Tahun

Salam sejahtera,

Apa khabar semua…hari ni kalau anda perasan berlaku perubahan yang agak ketara di blog saya. Kenapa yer? Hehehe… Sebenarnya ini perubahan ini berlaku disebabkan pertambahan umur saya yang bakal mencecah 21 tahun esok hari. Yea..yea..leh mengundi dah.. :) Jadi sebagai meraikan ulang tahun kelahiran saya ni, saya merasa patut lah membuat sedikit perubahan di blog ni.. letih jugak nak buat. Amik masa dalam 2 jam lebih gak ni.. Tapi berbaloi la bagi saya… Anda rasa camne? Ok tak? Hehe…

Ramai orang berkata, umur 21 tahun adalah kemuncak dalam kehidupan seorang remaja. Ada yang kata dah sampai 21 tahun sudah boleh membuat keputusan sendiri, dah tak payah mintak kebenaran ibu bapa kalau nak pergi mana-mana, nak balik lewat malam pun boleh.. nak keluar dengan siapa-siapa pun boleh, terutamanya bagi perempuan. Benarkah begitu? Aisemann….

Sebagai anak, walau setua mana pun kita, kita masih lagi anak kepada kedua ibu bapa kita. Maka wajarlah bagi kita untuk sentiasa mendengar kata-kata kedua orang tua kita. Walaupun pada pandangan kita kata-kata tu tidak boleh di pakai, tapi cuba lah untuk menerangkan balik kepada mereka secara baik.

Pada pendapat saya la, umur tidak memainkan peranan yang penting pun dalam perhubungan dengan ibu bapa kita. Saya rasa kebanyakan ibu bapa yang bertanggungjawab masih menganggap yang anak-anak sentiasa memerlukan nasihat dan tunjuk ajar dari mereka walaupun usia anak-anak itu telah mencecah 30 atau 40 tahun. Jadi mereka akan sentiasa menasihati kita, walaupun ada di antara kita menganggap nasihat itu sebagai bebelan atau cakap-cakap kosong.

Kalau pernah terdetik sekelumit pun di hati kita marah atau terasa hati dengan ibu bapa kita, ingat lah balik segala jasa mereka mendidik dan membesarkan kita sehingga hari ni. Bukan senang nak membesarkan seorang anak, tapi mereka membesarkan kita dengan penuh kasih sayang. Bak kata, seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak, tapi 10 orang anak pun tak sanggup menjaga seorang ibu. 

Jadi disini. sempena ulangtahun kelahiran saya yang ke 21, saya berpendapat orang yang paling layak meraikannya ialah ibu dan abah saya kerana telah bersusah payah melahirkan saya 21 tahun yang lalu. Terima kasih Hajah Azizah Binti Kassim dan Haji Abd karim Bin Abdullah kerana telah melahirkan saya dan membesarkan saya dengan sepenuh kasih sayang, dan tak lupa terima kasih dan bersyukur saya kepada ALLAH kerana telah memberikan saya ibu bapa yang penyayang ini… :)

 

p/s: ucapan tahniah juga kepada Sifu Lan  kerana telah bergelar bapa kepada seorang anak lelaki beberapa hari lalu… Tahniah sifu!! :D


Related Posts with Thumbnails
Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks