Salam Aidil Adha!

Salam Sejahtera,

Kepada pengomen-pengomen serta pembaca  Snakaz Dot Com, Selamat Hari Raya Aidil Adha saya ucapkan. Terima kasih banyak-banyak sebab sudi menjenguk ke blog ini. Harap info-info dari blog ini sedikit sebanyak mampu membantu anda dalam menjana pendapatan online.

Hari ni, raya kat rumah takde lah begitu meriah, mungkin sebab hari ni takde antara ahli keluarga saya yang membuat korban. Esok, pasti meriah sebab hampir semua ahli keluarga akan datang ke rumah menuntut bahagian korban masing-masing.

Ada juga antara kawan-kawan online  saya yang beraya di perantauan. Sabarlah, saya pun pernah merasa dulu sewaktu di matrik. Reasonnya? Biarlah rahsia. :D

Dalam pada tu, saya masih lagi menunggu payment issued untuk bulan Oktober dari google adsense. Arghh..lambatnye.. Penantian itu satu penyeksaan. haha. Payment in progress telah pun dikeluarkan pada 24/11/09 ari tu, dan kebiasaannya dalam tempoh 2 hari akan keluar pula payment issued. Malangnye kali ini terlewat pulak. Mungkin kerana pekerja google adsense sedang sibuk membuat persiapan menyambut hari Thanksgiving. Apa itu hari Thanksgiving? saya pun tak tau. :D

Begitu juga dengan support yahoo search marketing (YSM). Dorang pun cuti jugak pada 26hb waktu US. So lebih kurang 27hb la di Malaysia. Dan sebab itu, servis membuka akaun ysm ditangguhkan selama 2 hari. Saya minta maaf atas penangguhan tersebut.

Akhir kata, salam Aidil Adha, semoga hari raya ini kita dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama kita, dan elakkan lah bersengketa. Insyaallah.

p/s : Buat member di Johor, tahun depan jangan lupe balik rayer.. :P  

Related Posts with Thumbnails
Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks