Selamat Tinggal Celcom, Welcome Digi Broadband!

Salam Sejahtera,

Sejak dari mula sem ni lagi, saya memang dah berniat untuk bertukar daripada pakai free wireless kat U ni kepada satu pakej Broadband yang sesuai. Niat tu makin membara selepas terpaksa bertukar ke bilik baru, yang mana kat bilik baru ni agak sukar untuk mendapat liputan free wireless. Kalau dapat pun, asyik putus-putus je, dan tidak stabil. Hati terasa sakit giler bila terpaksa melayan kerenah internet yang sekejap ada sekejap takde ni. Macam iklan chipsmore pulak.

Oleh kerana terlalu emergency nak pakai internet ni, saya akhirnya cuba pakai Pakej Celcom Broadband Prepaid dengan bayaran rm20 seminggu.  Kelajuan yang saya dapat boleh la kalau setakat nak bukak 2-3 tab pada satu-satu masa, tapi tidak cukup untuk memuaskan hati saya. Yelah, sekali bukak internet, kalau boleh semua laman web nak bukak. Hehe…

Disebabkan kos yang agak mahal, lebih kurang rm80 sebulan, dengan kelajuan tak seberapa, then i’m trying to change to celcom postpaid plan di mana untuk pakej student, hanya perlu bayar rm50 sebulan, dengan free modem. Tapi bila difikirkan balik, kelajuan tetap sama, 384Kbps walaupun berlainan pakej. Jadi saya cancelkan niat tersebut!

Selepas buat sedikit survey, akhirnya saya memilih Pakej Broadband untuk student dari Digi. Itu pun selepas beberapa kali membuat survey di laman web penyedia broadband. Apa kelebihan yang saya nampak pada Digi Broadband ni? Pertama, ia mempunyai speed yang lebih tinggi dari mana-mana penyedia telco broadband kat penang ni. Merujuk pada apa yang jurujual tu cakap, speed boleh mencecah sehingga 700Kbps untuk download dan 200Kbps untuk upload!

Yang kedua, saya ingin mengurangkan kos permulaan yang saya perlu bayar, jadi dengan pakej Digi Broadband ni saya hanya perlu bayar rm100 untuk fee registration, then pada bulan 3 baru saya perlu membuat bayaran rm26 dan bulan keempat dan seterusnya saya hanya perlu bayar rm58 setiap bulan. Untuk Celcom, tak pasti pula berapa kena bayar, tapi dengar-dengar dalam rm150 kot…

Apalah ada dengan beza rm8 bayaran bulanan jika kelajuan yang saya dapat dari Digi adalah 2 kali ganda lebih laju dari Celcom. Tak percaya? Cari perbezaan speedtest di antara gambar di bawah dengan gambar di atas.

Faktor yang ketiga, paling tak dapat tahan bila tengok jurujual tu buat demo play video kat youtube, smooth giler! Bayangkan tak tersekat-sekat sedikit pun! Sepanjang hayat guna broadband, belum pernah jumpe broadband yang mampu play terus tanpa tersekat-sekat. Inilah kali pertama. Memang terus jatuh hati la lepas tu..hehe.. Dan, lagi satu, bila jurujual tu cakap pakej ni UNLIMITED usage! Maknanya kalau register pakej ni kat penang, boleh dapat UNLIMITED usage volume. Tapi kalau register kat tempat lain, limit pada 3GB je untuk pakej rm58 ni. Tapi kata jurujual tu mungkin tak leh caya sangat, sebelum dibuktikan, yela mana tau saja nak tarik hati pelanggan. Hoho…

Cuma sayangnya, liputan Digi belum meluas lagi ke seluruh negara. Kalau nak dapat speed macam gambar di atas anda perlu berada di kawasan Penang, Klang dengan Kota Kinabalu je. Kawasan lain dengarnya akan diupgrade pada tahun 2010 ni. Jadi, hanya di Penang saja lah saya boleh guna Digi Broadband Student Package ni, di Kuala Terengganu masih belum boleh lagi. Kena tunggu akhir tahun ni la kot.

Walau apapun, ini adalah broadband paling best saya pernah guna setakat ni.. Oppss… P1 Wimax tak termasuk sebab kat tempat saya tak dapat coverage P1 Wimax… Maaf ye pengguna Wimax.. ;)

Related Posts with Thumbnails
Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks