Siapa Kenal AMMAR ZAHAR?

Salam,
Dalam post kali ni, saya cuma nak tanya, siapa kat sini yang kenal Ammar Zahar? Kalau kenal angkat kaki.. Hehe…
Kenapa tiba-tiba si Nadiah ni sebut pasal Ammar Zahar ye? Skandal baru ke? Pasti Syera akan pikir begitu. Hehe..sebenarnya bukan la. Saya rasa warga WangCyber pasti sudah mengenali siapa Ammar Zahar ni. Orang yang tak kenal beliau ialah orang yang jarang masuk forum Wang Cyber, atau memang tak pernah langsung masuk forum WangCyber. Betul tak? (sebab saya kenal dia pun kat sana, kalau tak jangan harap nak kenal… Haha)
Sebenarnya saya ingin bercerita tentang kejayaan seorang anak muda yang sebaya saya kalau tak silap, iaitu berumur 22 tahun tapi telah berjaya menjana pendapatan RM 5k sebulan dan kejayaan itu datang dalam tempoh 6 bulan sahaja. Pendapatan anda bagaimana pula?
Sebenarnya saya amat mengkagumi beliau kerana begitu bersungguh-sungguh dan komited dengan apa yang beliau lakukan. Jadi tidak hairanlah jika beliau mampu meraih pendapatan yang lumayan dalam masa yang singkat. Harap-harap saya juga mampu merasai pendapatan 5k sebulan sebulan selepas ini. Insyaallah dengan izin Allah.
Kejayaan beliau bermula apabila beliau berjaya menjadi antara Top Affiliate untuk beberapa produk tempatan antaranya produk Rahsia Clickbank, Video Usahawan, dan juga Panduan Ebay. Hurmm…tapi sebenarnya kebanyakan income beliau datang dari pasaran International, dan pada pendapat saya mungkin salah satunya dari Clickbank.
Selepas berjaya sebagai seorang Affiliate Marketer, beliau mula mengorak langkah dalam penerbitan ebook pula, dan antara ebook beliau yang mendapat sambutan yang hangat ialah Affiliate A+, Rahsia Newbie, dan produk pertamanya, Koleksi Grafik V2. Dan yang pasti, rata-rata pembeli amat berpuas hati dengan produk beliau.
Selain itu, buat masa sekarang beliau lebih menumpukan kepada seminar dan Personal Coaching kepada mereka yang begitu komited untuk berjaya dalam perniagaan internet. Memang trend sekarang Otai-otai IM Malaysia suka mengadakan Personal Coaching, tetapi pada pendapat saya Personal Coaching dari Ammar Zahar adalah amat berbaloi sekali. Kenapa yer?
Ini kerana pada pendapat saya walaupun kos untuk personal coaching dengan Ammar Zahar sedikit mahal bagi golongan seperti saya, tetapi ia amat berbaloi kerana dari apa yang saya ketahui, Ammar Zahar akan menerangkan dari mula hingga akhir langkah-langkah yang perlu di ambil sehinggalah perniagaan internet anda berdiri megah. Selain itu support selepas Personal Coaching masih lagi diberikan sehingga anda mampu berdiri atas kaki sendiri. (Owh..teringin benar aku menyertai Personal Coachingnya..
)
Aaahh.. Panjang pulak si Nadiah ni bercerita. Hehe…Kalau anda ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai Ammar Zahar, anda boleh melawat blog beliau di http://www.perniagaaninternet.com/blog dan kutiplah sebanyak mana ilmu yang anda dapat kat situ.
Akhir kata, setiap ilmu yang kita dapat memerlukan guru jika ingin diaplikasikan. Jadi pilih la guru yang terbaik dan berusahalah dengan lebih gigih dan tekun untuk berjaya. Jangan jadikan kejayaan orang lain sebagai kejayaan kita, tapi jadikan ia sebagai batu loncatan untuk kita lebih berjaya.
Salam Hormat dari saya,
NaDiaH KaRiM



