Posts Tagged ‘Clickbank’

Anda Masih GAGAL Buat Duit Dengan Clickbank?

Salam Sejahtera,

Anda masih gagal dengan membuat duit dengan Clickbank? Hari ini saudara Mawardee telah melancarkan report percuma 10 Formula Baru Clickbank. Jika anda betul-betul berminat untuk membuat duit dengan clickbank, pastikan anda tidak lupa untuk mendownload report percuma bernilai rm67 ini.

Antara isi kandungan report ini adalah:

1)- Kesilapan besar usahawan internet Malaysia memahami ClickBank.

2)- Kesilapan mereka dalam memilih cara promosi.

3)- 3 Kaedah & teknik terbaru mengurangkan kos pengiklanan dan menyasarkan kepada prospek yang tepat & mempunyai kuasa membeli yang tinggi (selain faktor kawasan).

4)- Punca-punca utama sehingga kini mereka masih gagal membuat duit di ClickBank.

5)- Alternatif penting untuk ClickBank.

6)- Tidak memaksimumkan ___ & ___ menyebabkan ramai usahawan buntu & tiada hasil.

7)- Bagaimana bermula dengan pantas (dan kos rendah atau percuma) – pstt… tak ramai guna cara ni.

8)- Pembongkaran 10 FORMULA hebat!

Wow, memang hebat isi kandungan report percuma dari Bro Mawardee ni. Untuk pengetahuan, saya merupakan salah seorang pembeli produk ini sewaktu dilancarkan dulu. Produk ni memang bagus untuk mereka yang masih baru dan ingin mempelajari teknik membuat duit di Clickbank dengan lebih mendalam.

Jadi apa lagi, download sekarang dengan klik banner di bawah.

p/s: masih terasa kesedapan kfc yang mak belanja semalam. Terima kasih mak…lenkali boleh belanja lagi… :)

 

Hanya 4 JAM Sempat Pegang Cek Clickbank :(

Assalamualaikum,

Harap-harap semua sihat hendaknya. Alhamdulillah hari sabtu yang lepas, cek Clickbank yang pertama selamat sampai ke rumah saya. Sebenarnya sepanjang minggu lepas hati saya berdebar-debar takut cek tak sampai ke rumah. Kalau tak silap saya cek akan sampai dalam tempoh seminggu selepas clickbank hantar cek tu, so maksudnya dalam 26Hb la sampai, tapi tak sampai-sampai jugak. Penat saya telefon rumah sampaikan kakak saya pelik surat apa yang saya duk tunggu sangat tu. By the way sebenarnya my family tak tau saya buat kerja IM ni sehingga la cek dari Clickbank itu membongkar segala rahsia yang saya simpan selama ni. :)

Saya sebenarnya tidak berapa pasti bagaimana nak clearkan cek tersebut. Oleh kerana terlalu excited, esoknya jugak saya suruh kakak saya poskan ke sini, tapi petang tadi saya terpaksa pos balik cek tu ke rumah, so hanya sempat pegang cek 4 jam saje la… sebab semalam tak sempat nak g amik surat kat pejabat tu.Sebenarnya petang tadi saya cuba tunaikan cek tersebut di CIMB branch kat USM ni tapi tak dapat. Nak tau masalahnya? Ni untuk mereka yang nak tunaikan cek Clickbank kat bank CIMB jela.

1) Cek dari luar negeri hendaklah ditunaikan di Branch di mana kita mula-mula buka Akaun CIMB. Contohnya saya buka akaun CIMB saya di cawangan K.Trg, so hanya cawangan tu jela yang boleh tunaikan cek Clickbank saya. Jadi saya kena pos balik ke rumah petang tadi. (Alhamdulillah la hari tu buka kat K.trg, kalau terbuka akaun masa belajar kat Pasum dulu, mati la kena ulang alik g UM. :D )

2) Cek tu tak boleh masuk mesin check deposit, kena bagi kat kaunter, so kene ambil nombor la.

3) Atas cek tu jangan lupa tulis no tel, to akaun bank, dan juga tandatangan anda.

4) Lepas tu bagi je la dekat pegawai bank kat kaunter tersebut.

5) Tunggu la dalam 40 hari untuk cek tu clear. Hehe..

Nak tengok rupa cek yang saya dapat? Ala sama jela ngan cek orang lain dapat. Cuma atas tu tulis alamat rumah dengan nama saya jer. Tapi takpe la amik la nak tengok jugak… :D

Cek Clickbank Pertama SnaKaZ

Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Panduan FBA kerana telah memberi saya peluang untuk merasa perasaan mendapat cek Clickbank yang pertama. Walaupun saya tau semua rezeki itu datang dari Allah, dan saya bersyukur pada-Nya, tapi tanpa kaedah dan usaha yang betul, mana mungkin rezeki akan sampai ke tangan kita kan? :)

Aku, Dia, Dan Lesen Kereta

Salam,

Agak lama saya tinggalkan blog ini tanpa sebarang update. Kalau ikutkan hati, mahu saja saya update blog ni setiap hari, kerana banyak benda ingin saya kongsikan, tapi malangnya masa yang saya ada begitu singkat.

Apa yang saya hendak kongsikan dalam post ini ialah, pendapatan saya dari clickbank sudah cukup untuk saya mendapat lesen kereta dan lesen motorsikal. Waa.. Syukur tidak terkira saya kepada Allah SWT kerana mengurniakan saya rezeki ini.

Sales Dari Clickbank utk FEB 2009

 

Saya juga bersyukur kepada Allah kerana telah memberi petunjuk kepada saya untuk membeli e-book Panduan FBA yang menjadi titik tolak pendapatan saya tu. Tapi malangnya, ada sedikit kerisauan apabila semua kupon sudah tidak boleh digunakan lagi selepas bulan 1.

Tapi macammana sales bulan 2 ada lagi? Hehe..tu kerana saya mengamalkan sikap berjimat cermat. Kalau tengok dalam bulan 2 tu, terdapat 3 sales, tapi saya gunakan hanya satu iklan dengan limit $25 je setiap hari. Bayangkan betapa besarnya kuasa click dari Facebook. Dengan credit $25 menghasilkan 3 sales bernilai $90. :)

Dan, Alhamdulillah juga, saudara Richzuan, penulis e-book ini telah berjaya mencari penyelesaian masalah kupon yang tak dapat digunakan ini. Apa yang lagi best, dengan gunakan modal sebanyak $2, kita boleh dapatkan kredit $1000 sebanyak mana yang kita mahu. Wow… Terkejut besar saya apabila saudara Richzuan mengeluarkan kenyataan itu. Macam mana ek? pening saya fikir tapi tak jumpa jugak penyelesaiannya. Takpe lah, saya tunggu sahaja Richzuan memberi update tersebut kepada semua pembeli e-book Panduan FBA nya.

Dengar kata juga, selepas solution tu di lancarkan, harga e-book tu akan meningkat kepada RM70. Ini berikutan saudara Richzuan tak mahu market terlalu tepu jika di jual dengan harga murah. Syukur saya telah beli time harga RM50 dulu, dah la dapat income lebih RM1000 dah, dapat update lagi camne nak dapat kredit $1000 secara berulang-ulang.

Lepas ni boleh la saya buat berpuluh-puluh lagi iklan yang sama, dan menyaksikan $90 masuk secara automatik ke akaun Clickbank saya. Bagi saya, betapa ruginya bagi mereka yang berminat membuat duit, tapi tidak mengambil kesempatan ni.

Sampai sini dulu. Sekarang tengah survey pusat memandu mana kat Kuala Terengganu saya nak belajar kereta dan motor sekali ni. Hehe.. Target saya untuk income bulan ni pulak, nak beli motor EGO.. :D

Doakan semoga impian saya tercapai ye. Dan juga terima kasih kepada semua pembaca blog ini yang banyak memberi sokongan kepada saya.

P/S: Jika anda berminat untuk beli, cubalah klik sini mana tau rezeki anda masih ada, dapat beli dengan harga RM50. 

Panduan FBA + Panduan Clickbank = USD 115

Salam..
Hari ni agak cukup mengembirakan saya kerana dapat sales lagi dari Clickbank. Alhamdulillah modal yang saya laburkan selama ni telah membuahkan hasil. Walaupun tak banyak sangat, tapi for newbies like me, its more than enough. :)
Sekarang tengah tunggu dapat lagi satu sales, then my check can coming home. Nak menambahkan lagi kejelesan korang, meh tengok screenshot kat bawah ni. :D

3 Sales Clickbank Semalam

Insyaallah saya harap pendapatan saya dan rakan-rakan IM yang lain akan terus meningkat selepas ini walaupun dunia di ancam krisis ekonomi.

Well, sebenarnya saya ingin melahirkan rasa simpati saya kepada saudara Richzuan, penulis ebook Panduan FBA kerana sebentar tadi saya mendapat tahu e-book Panduan FBA ini telah diberikan sebagai bonus percuma kepada produk yang saya tidak begitu kenali penulisnya. Harap-harap masalah tersebut dapat di selesaikan sebaik mungkin. E-book yang bagus sentiasa menjadi tarikan. No wonder la sebab nak melakukan produk sendiri, terpaksa la guna nama produk orang lain. :)

Bagaimana dengan pendapatan korang? adakah semakin meningkat atau masih maintain? Jangan makin berkurang dah la ye. Minggu depan dah bermula cuti Tahun Baru Cina. Saya akan balik kampung Insyaallah khamis nanti. Dan kemungkinan besar seminggu jugak tak dapat update blog kerana berada di kampung. Walaupun saya tak sambut raya cina, tapi budak U kena la balik kalau ada cuti.  Dah takde cuti dah lepas ni. Selain tu teringin jugak nak tengok bandarayaku yang telah bertukar tangan. :D

Insyaallah jugak sebelum balik cuti, saya akan pastikan iklan Facebook sentiasa berjalan. Masih ada 3 VCC lagi belum digunakan. Sekarang ni saya baru buka 2 akaun Facebook dah dapat $115. Modal $4+harga e-book $17 = $21. Ada untung $94. Hurmm.. tak sabar tunggu cek sampai rumah. Semoga lepas balik cuti akan ada lagi sales dari Clickbank. Angan-angan saya nak ambil lesen kereta dengan cek Clickbank yang akan dapat nanti. Doakanlah agar angan-angan saya tu tercapai ye. Huhu.. K, moga ketemu lagi.

Related Posts with Thumbnails
Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.