Posts Tagged ‘duit adsense’

Earning Adsense Bulan January 2010

Salam sejahtera,

Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan lagi untuk merasa duit adsense bulan ni. Seperti yang saya katakan pada post yang lepas-lepas, earning bulan January 2010 merupakan pendapatan adsense tertinggi yang pernah saya dapat. Malangnya prestasi tersebut tidak dapat saya kekalkan untuk bulan Februari. Memang agak sedih…. :(

Duit adsense bulan ni yang saya dapat lebih kurang RM2.5k jugak lah, hasil dari 2 akaun. Modal dalam RM450. Kira dalam 5 kali ganda modal. Insyaallah jika diberi masa lebih saya sedang berusaha untuk menambah akaun adsense yang aktif. Sekarang ni yang tak aktif  je banyak. Target lagi 2 bulan dapat cashout 4 akaun. baru best! Hehe… Walaubagaimanapun saya bersyukur kerana segala penat lelah saya selama bermain adsense telah berbalas! Harapnya prestasi sebegini dapat dikekalkan sehingga bila-bila. Insyaallah.

Tujuan saya memberitahu jumlah pendapatan saya dari adsense di blog ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk, cuma memberi inspirasi kepada saya dan mereka yang lain untuk menjana pendapatan adsense lebih lagi. Tak salahkan? Kadang-kadang kita perlu membuka mata melihat kejayaan orang lain sebelum kita termotivasi untuk mendapat kejayaan yang lebih baik lagi. Bahkan pendapatan saya ni sedikit sahaja jika di bandingkan dengan pendapatan otai adsense yang lain.

Ok, habis bercerita mengenai adsense, sekarang nak bercerita mengenai YSM pula. Hohoho… Memang sejak 1-2 minggu ni saya agak tertekan dengan YSM akaun ni. Setakat hari ni, hampir 5 akaun YSM saya telah di ban. Bila akaun adsense dah ok, akaun YSM pula buat hal. Macam dah jadi satu trend pulak. Yang tu ok, yang ni buat hal, yang sana KO, sini pulak OK. Tapi inilah asam garam dalam kehidupan, kalau takde masalah tak nikmat lah hidup ni kan. Rugi lah ada akal fikiran tapi tak digunakan sepenuhnya. Sama juga macam laptop, beli RAM sampai 4GB, harddisk 500GB, tapi guna tak sampai 1GB RAM, harddisk 30GB jer. Hahaha…lagi cepat rosak laptop macam tu. Bila ada masalah, kita perlu berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah tersebut, jangan pula lari dari masalah. Sampai bila-bila pun masalah takkan selesai.

Esok semua bank tutup, terpaksa pergi ke CIMB Bank cawangan Queensbay Mall untuk ambil duit esok, sambil-sambil shopping beli barang keperluan. Hohoho… Untuk yang belum tahu, kebiasaannya bank-bank yang ada cawangan di Mall akan buka 7 hari seminggu, jadi untuk mereka yang tak sabar nak ambil duit adsense macam saya, boleh la pergi ke Mall berdekatan. Untuk lebih mendapat kepastian, apa kata cek dulu di laman web Western Union untuk mengetahui bank berdekatan anda yang buka 7 hari seminggu.

Harapnya esok mendung, hujan tak, panas pun tak. Owh, sebelum tu nak ucapkan tahniah dekat madlut kerana telah berjaya bermula dengan baik dalam adsense. Teruskan prestasi anda k. (sebenarnye tak sabar tunggu belanja…hahaha) Dan juga buat my sis yang telah berjaya mendapat payment adsense yang ke 3. Usaha untuk mendapat lebih lagi selepas ini! Gudluck! :)

Earning Disember, Servis CIMB vs BSN

Salam Sejahtera,

Alhamdulillah bulan ni saya berkesempatan lagi untuk merasa duit dari Google Adsense.  Tapi jumlahnya agak kurang sedikit berbanding bulan lepas, mungkin disebabkan bulan 12 ramai advertiser bercuti awal sempena sambutan Krismas. Jadi earning tidaklah begitu mencanak seperti bulan 11. Huhu…

Walaupun begitu, earning adsense bulan 1 telah mula kembali kepada rentak asal. Alhamdulillah.. Insyaallah jika ada rezeki, akhir bulan 2 nanti satu lagi catatan sejarah baru dalam diari adsense saya bakal muncul. Doa-doakan lah yer.. :)

Bulan ni Google agak lambat sikit bayar gaji kepada publisher. Bulan-bulan lepas, 24hb google dah buat payment in progress. Dan 26hb payment dah issued. Tapi bulan ni 26hb baru buat payment in progress, tapi nasib baik 27hb dah issued. Kalau issued esok, kesian dekat publisher yang tinggal di Terengganu, Kelantan, dan Kedah kerana terpaksa cashout pada hari ahad nanti. Huhu..

Saya pun tak nak ketinggalan untuk cash out awal-awal, supaya boleh wat persediaan akaun ysm untuk bulan-bulan seterusnya. Dan untuk pertama kalinya, saya berpeluang untuk cashout lebih dari satu akaun bulan ni. Oleh itu saya buat keputusan untuk mencuba western union di BSN selain di tempat favorite saya, iaitu CIMB. Malangnya hari ni, saya tidak begitu berpuas hati dengan servis dari BSN, bayangkan, di mana letaknya no MTCN dalam “Statement Of Earning” pun tak tahu. hehe… yang paling best, bila pegawai bank tu tanya lebih kurang macam ni,

“Awak agak, berapa earning dalam RM awak dapat bulan ni? Sebab saya tak boleh bagi rate macam tu jer, “

Hahaha….sepanjang saya cashout duit adsense, belum pernah lagi saya di soal macam tu, takkan lah saya pulak yang tentukan berapa rate yang saya nak. Mestilah Google dah tentukan kadar tukarannya, supaya kedua-dua pihak tak rugi. Nak jer saya jawab, RM1000 kot, $1 = RM10, hahaha…tapi dengan baik hati saya jawab, RM340 kot…. :D

Setelah berdiri selama 10-15 minit, pegawai tu kemudian meminta saya duduk. Nasib baik saya telah bersiap sedia dengan salinan IC, kalau tak mungkin saya terpaksa pergi photostat sendiri pula. Padahal selama ni saya pergi ambil duit adsense di bank lain, saya tak pernah bawa salinan IC sekali, kerana kebiasaannya pihak bank yang akan photostat bagi pihak kita untuk salinan dorang. Jadi kita cuma datang bank bawa IC dengan “Statement Of Earning” dari Google Adsense sahaja.

Yang paling kelakar, apabila cap jari saya diambil untuk pengesahan. Haih.. IC tak cukup ke nak buktikan? Aiyoyo…memang agak bengang time tu, kerana dah beberapa tahun saya tak pernah kena ambil cap jari untuk pengeluaran wang. Macam-macam…. tak mengikuti peredaran zaman betul servisnya. :D

Lepas duduk selama 10 minit, baru lah segalanya selesai. Selepas tu saya bergerak pula ke CIMB, selepas tiba no giliran saya, dalam masa 10 minit semuanya selesai. Tak banyak songeh. Pegawai bank ambil form dengan IC yang saya bagi, minta saya tandatangan 2 tempat, kemudian, terus dapat duit, selesai.. Tak perlu nak ambil cap jari. Hahaha…..

Maaflah, post ini bukan semata-mata untuk mengutuk servis di BSN, tapi mengharapkan agar perkhidmatan di BSN dapat ditingkatkan sama taraf seperti bank-bank lain di Malaysia.

Oh ya, rate yang saya dapat hari ni lebih kurang $1 = RM 3.36, doalah agar kadar tukaran bulan depan boleh mencecah RM3.40. hehe…

P:s akaun adsense anda dah cecah usd 100 belum untuk bulan January? Kalau belum usahakan cepat-cepat, kerana bulan January masih berbaki 3 hari lagi… :)

19 Klik = USD 33

Salam,

Sekadar post pendek dari saya. Ini ialah earning adsense saya semalam. Selepas hampir sebulan lebih earning adsense saya menurun, Alhamdulillah hari ni kembali meningkat balik. Saya berjaya mendapatkan kembali klik yang berharga lebih dari usd 1 dari setiap klik. Main klik-klik jer yer dah masyuk…. :D

Harapnya prestasi income adsense macam ni akan kekal lama… Insyaallah… :) Hasil ni saya dapat dengan kos kurang dari USD 10 di YSM. Sekadar memberi inspirasi kepada saya dan orang baru dalam adsense untuk lebih fokus dan berjaya dengan adsense. Insyaallah… :)

Related Posts with Thumbnails
Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.