Posts Tagged ‘Kata Semangat’

Siapa Kenal AMMAR ZAHAR?

Salam,

Dalam post kali ni, saya cuma nak tanya, siapa kat sini yang kenal Ammar Zahar? Kalau kenal angkat kaki.. Hehe… :D

Kenapa tiba-tiba si Nadiah ni sebut pasal Ammar Zahar ye? Skandal baru ke? Pasti Syera akan pikir begitu. Hehe..sebenarnya bukan la. Saya rasa warga WangCyber pasti sudah mengenali siapa Ammar Zahar ni. Orang yang tak kenal beliau ialah orang yang jarang masuk forum Wang Cyber, atau memang tak pernah langsung masuk forum WangCyber. Betul tak? (sebab saya kenal dia pun kat sana, kalau tak jangan harap nak kenal… Haha)

Sebenarnya saya ingin bercerita tentang kejayaan seorang anak muda yang sebaya saya kalau tak silap, iaitu berumur 22 tahun tapi telah berjaya menjana pendapatan RM 5k sebulan dan kejayaan itu datang dalam tempoh 6 bulan sahaja. Pendapatan anda bagaimana pula?

Sebenarnya saya amat mengkagumi beliau kerana begitu bersungguh-sungguh dan komited dengan apa yang beliau lakukan. Jadi tidak hairanlah jika beliau mampu meraih pendapatan yang lumayan dalam masa yang singkat. Harap-harap saya juga mampu merasai pendapatan 5k sebulan sebulan selepas ini. Insyaallah dengan izin Allah. :)

Kejayaan beliau bermula apabila beliau berjaya menjadi antara Top Affiliate untuk beberapa produk tempatan antaranya produk Rahsia Clickbank, Video Usahawan, dan juga Panduan Ebay. Hurmm…tapi sebenarnya kebanyakan income beliau datang dari pasaran International, dan pada pendapat saya mungkin salah satunya dari Clickbank.

Selepas berjaya sebagai seorang Affiliate Marketer, beliau mula mengorak langkah dalam penerbitan ebook pula, dan antara ebook beliau yang mendapat sambutan yang hangat ialah Affiliate A+, Rahsia Newbie, dan produk pertamanya, Koleksi Grafik V2. Dan yang pasti, rata-rata pembeli amat berpuas hati dengan produk beliau.

Selain itu, buat masa sekarang beliau lebih menumpukan kepada seminar dan Personal Coaching kepada mereka yang begitu komited untuk berjaya dalam perniagaan internet. Memang trend sekarang Otai-otai IM Malaysia suka mengadakan Personal Coaching, tetapi pada pendapat saya Personal Coaching dari Ammar Zahar adalah amat berbaloi sekali. Kenapa yer? :D

Ini kerana pada pendapat saya walaupun kos untuk personal coaching dengan Ammar Zahar sedikit mahal bagi golongan seperti saya, tetapi ia amat berbaloi kerana dari apa yang saya ketahui, Ammar Zahar akan menerangkan dari mula hingga akhir langkah-langkah yang perlu di ambil sehinggalah perniagaan internet anda berdiri megah. Selain itu support selepas Personal Coaching masih lagi diberikan sehingga anda mampu berdiri atas kaki sendiri. (Owh..teringin benar aku menyertai Personal Coachingnya.. :( )

Aaahh.. Panjang pulak si Nadiah ni bercerita. Hehe…Kalau anda ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai Ammar Zahar, anda boleh melawat blog beliau di http://www.perniagaaninternet.com/blog dan kutiplah sebanyak mana ilmu yang anda dapat kat situ. :)

Akhir kata, setiap ilmu yang kita dapat memerlukan guru jika ingin diaplikasikan. Jadi pilih la guru yang terbaik dan berusahalah dengan lebih gigih dan tekun untuk berjaya. Jangan jadikan kejayaan orang lain sebagai kejayaan kita, tapi jadikan ia sebagai batu loncatan untuk kita lebih berjaya.

Salam Hormat dari saya,

NaDiaH KaRiM

Kekejaman Israel, Apakah Tindakan Kita?

Hari ini jika tidak silap saya sudah masuk hari ke-20 Israel melakukan serangan ke atas negara Palestin. Mangsa yang terkorban di dalam peperangan itu sudah melebihi angka 600 orang. Saya begitu sedih apabila melihat gambar kanak-kanak yang tidak berdosa turut menjadi mangsa dalam peperangan tersebut.

Apa yang lebih menyakitkan hati, tentera Zionis sudah melampau batas apabila turut menyerang masjid yang menjadi tempat perlindungan orang awam.

Saya masih tertanya-tanya sejauh mana fungsi Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB) dalam menangani isu ini. Adakah hanya gah di mulut, atau menunggu sehingga hancurnya negara Palestin, kemudian baru hendak mengambil tindakan terhadap Israel.

Sebagai umat Islam, marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah melindungi saudara kita di Palestin dari seksaan tentera Zionis dan meningkatkan semangat mereka untuk terus kekal dengan agama Islam walaupun berbagai dugaan menimpa mereka. Insyaallah.

Pekakkan Telinga Untuk Berjaya


Salam sejahtera,

Selepas hampir dua bulan saya berhempas pulas cuba untuk membina laman blog sendiri, akhirnya berjaya juga… memang tak sangka…rupanya senang bangat nak buat blog ni…tapi masa yang tak mengizinkan je.. :D

Ok, sebagai permulaan saya akan berkongsi satu kisah dengan anda yang memberi inspirasi kepada saya untuk mencipta langkah bergelar jutawan. Teruskan membaca….

Pada suatu hari ada segerombolan katak-katak kecil yang berlumba lari.
Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi.

Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberi semangat kepada para peserta…

Perlumbaan dimulai…

Secara jujur:
Tak satupun penonton benar2 percaya bahawa katak2 kecil akan mencapai puncak menara.
Terdengar suara:
“Oh, jalannya terlalu sukar !!
Mereka TIDAK AKAN sampai ke puncak.”
atau:
“Tidak ada kesempatan untuk berhasil…Menaranya terlalu tinggi…!!

Katak2 kecil mulai berjatuhan. Satu persatu…
……. Kecuali mereka yang tetap semangat menaiki menara perlahan-lahan semakin tinggi…dan semakin tinggi..

Penonton terus bersorak.

“Terlalu sukar !!! Tak seorangpun akan berjaya!”

Lebih banyak lagi katak kecil lelah dan menyerah…
Tapi ada SATU yang melanjutkan hingga semakin tinggi dan tinggi…
Dia tak akan menyerah!

Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali satu katak kecil yang telah berusaha keras menjadi satu-satunya yang berhasil mencapai puncak!
SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya?

Seorang peserta bertanya bagaimana cara katak yang berhasil menemukan kekuatan untuk mencapai tujuan?

Ternyata…
Katak yang menjadi pemenang itu PEKAK!!!!

Kata bijak dari cerita ini adalah:

Jangan dengar orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis…
…kerana mereka mengambil sebahagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu.
Selalu fikirkan kata2 bertuah yang ada..
Kerana segala sesuatu yang kamu dengar dan kamu baca boleh mempengaruhi perilakumu!

Kerana itu:
Tetaplah selalu….

POSITIVE!

Dan yang terpenting:

Buat PEKAK jika orang berkata kepadamu bahwa KAMU tidak bisa menggapai cita-citamu!
Selalulah berfikir:
I can do this!

Jadi, apa yang penting ialah jangan terlalu mengambil kisah pandangan atau kata-kata orang lain jika anda tau apa yang anda buat adalah betul…..

Related Posts with Thumbnails
Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.