Posts Tagged ‘Scam’

Lima Cara Mengenali Web Jualan SCAM di Internet

Ramai masih tertanya-tanya bagaimana untuk memastikan sesebuah laman web jualan itu benar-benar menjual produk bermutu tinggi, bukannya menjual produk yang langsung tidak bernilai dengan harga yang tinggi.

Sepanjang pembelajaran saya di internet, laman web jualan sesuatu produk yang bermutu boleh di nilai berdasarkan ciri-ciri berikut:

1) Mempunyai gambar pencipta produk di web jualan

Jika anda berjaya menghasilkan satu produk yang berkualiti, dan anda yakin orang ramai yang membeli produk anda akan turut berjaya, perlukah anda terus menyorokkan identiti anda? Tindakan seperti ini langsung tidak masuk akal. Bagaimana promosi akan datang jika pencipta produk langsung tidak dikenali.

2) Mempunyai testimoni dari mereka yang mempunyai laman web/blog

Pernah anda terjumpa testimoni seperti ini:

“saya telah mencuba teknik ini dan berjaya mendapat $50k dalam sehari. Memang menakjubkan.

John, Melaka”

Cuba fikir, bagaimana kita hendak memastikan kesahihan testimoni itu jika hanya nama dan tempat sahaja diberikan. Jika disertakan sekali dengan url blog/website, pasti  senang untuk membuat rujukan jika terdapat sebarang masalah sewaktu pelaksanaan produk tersebut.

3) Bukti yang disertakan di laman web tersebut tidak boleh diterima logik akal

Ramai yang terpukau apabila melihat transaksi yang mencecah 4-5 angka sekali masuk akaun. Tapi bolehkah dipercayai  jika duit masuk ke dalam Paypal itu langsung tidak dikenakan caj. :)

4) Buat carian di Search Engine

Ramai yang terlupa untuk melakukan perkara ini sebelum membeli sesuatu produk di internet. Produk yang berkualiti pasti akan mendapat review yang baik dari para pembeli yang terdahulu. Jangan terlalu ghairah mengejar harga murah yang ditawarkan jika beli awal, kerana jika tersilap langkah anda pasti kerugian. Cuba buat carian “[nama produk] scam” untuk memastikan keberkesanan produk tersebut.

5) Cuba hantar emel kepada penjual produk

Apa fungsi emel ini? Ini adalah sebagai salah satu taktik untuk mengetahui adakah anda akan mendapat support yang pantas jika anda betul-betul berminat untuk membeli produk tersebut. Tanyakan sahaja apa-apa soalan anda hendak tanya. Penjual yang jujur pasti akan membalas emel dari bakal pembelinya secepat mungkin bagi mengelak kehilangan prospek untuk membeli produk mereka. Anda juga boleh melakukan carian mengenai penjual produk tersebut di search engine bagi memastikan penjual itu seorang yang telah dikenali di dunia internet ini.

Semoga tips ini sedikit sebanyak dapat membantu anda sebelum membuat sebarang pembelian secara online.

Adakah Advertlet SCAM??

Salam…

Hari ni sedang saya menyelongkar kat forum WC, terpandang lah satu thread entah apa tajuk penuhnya saya pun tak ingat, tapi ada menyebut pasal Advertlet SCAM. Betul ke? Huhu…kalau betul membazir jela masa saya duk promote Advertlert selama ni…

Ramai yang mengatakan yang Advertlet telah lama tak membayar kepada mereka. Jadi sah-sah la scam kan?? Tapi masalah sekarang blog ni dah penuh dengan iklan advertlet..malasnya cek nak buang..

Adeih…Pening kopalo den lagu ni…huhu..

Baru jer nak try cuba buat duit dengan program pay per million (ppm) atau dalam kata mudahya dapat duit bila dapat 1000 impression dari pelawat, mengikut kadar yang tertentu. Contoh lain yang saya rasa sehingga kini belum scam ialah Nuffnang. Hehe..Sebab saya selalu tengok ada iklan Nuffnang di sebelah kanan penjuru atas laman web WC.. :D [kalau scam takkan la saudara shuth atau alang nak biarkan lagi iklan tu berkibaran di WC kan? Hehe]

Untuk menyedapkan hati saya, ingin saya nyatakan bahawa sebenarnya banyak lagi program-program lain yang boleh buat duit di internet ni. Contohnya, jika anda mempunyai blog, anda boleh meletakkan iklan google adsense di blog anda. Selain tu boleh letak iklan dari bitadvertiser, Adbizzy, atau nak duit lagi cepat boleh jual ruang pengiklanan di blog anda kepada pengunjung-pengunjung yang berminat nak beriklan.

Selain tu juga anda boleh menjual produk-produk digital atau fizikal orang lain di laman web anda dan mendapat untung di atas setiap jualan yang terhasil. Kata singkatnya affiliate la..lepas jual barang dapat komisyen..Bunyi macam senang kan? Tapi memang senang… :) cuma perlukan DUIT sahaja… DUIT?? maksud saya DOA, USAHA, ISTIQAMAH, dan TAWAKKAL. :)

Jika keempat-empat benda ni ada, jangankan nak buat duit di internet je, nak buat duit tengah laut pun boleh..tapi duit pe yang boleh di buat tengah laut ek?? Ehmmm….

Related Posts with Thumbnails
Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.