Buat Duit Dengan Servis




Salam sejahtera,

Hari ni nak cerita sikit selain buat duit dengan adsense, buat duit dengan affiliate, buat duit dengan ebook, kita juga boleh buat duit dengan servis. Contoh servis yang kita boleh buat untuk menjana pendapatan online ni seperti servis buat website, servis buka akaun YSM, servis meninggalkan komen di blog orang lain, servis buat backlink, servis buat minisite, pendek kata macam-macam servis boleh buat.

Kadang-kadang, buat servis macam ni lebih untung daripada buat blog, update blog. Contohnya, servis buat surat jualan, boleh mencecah rm1000++ untuk satu produk. Lumayan kan?

Walaubagaimanapun, ia bergantung terhadap kebolehan anda. Contohnya jika anda baru hendak menceburi bidang ini, dan masih belum tahu servis yang boleh anda lakukan, apa kata buka servis yang mudah-mudah dahulu, seperti servis komen blog ke, servis translate BM-BI ke.. Kemudian selepas dah faham konsep buat duit dengan servis ini, baru la bertukar kepada servis yang lebih besar seperti designer minisite.

Anda boleh offer servis anda ini di banyak tempat, seperti di forum, di tempat pengiklanan percuma, atau di blog anda, dan tempat iklan yang biasa saya buat ialah di status Yahoo Messenger.

Antara servis yang pernah saya buat ialah, servis jual vcc, servis buka akaun adsense, servis buat blog wordpress dan yang terkini servis buka akaun YSM.

Jika sudah ada idea, apa kata anda boleh mulakan servis anda sekarang!

p/s: tengah duk bersabar dengan support YSM, lembab giler nak balas emel.. Argh….




Related Posts with Thumbnails
Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Buat Duit Dengan Servis”

  1. yazidyahaya says:

    saya nak ambil servis awak setiap masa ni!tapi saya contact melalui ym tidak berbalas pun..

  2. hanafi says:

    Em bagus jugak idea servis buat komen blog tu tapi kena pandai bahasa english la dulu baru boleh komen yang bagus

  3. “Kadang-kadang, buat servis macam ni lebih untung daripada buat blog, update blog”

    Ayat nie tak kena la … hehe :D … blog manyak untung maa …

  4. titan says:

    yup. servis antara lubuk duit kat internet. cuma pilih yang sesuai dengan kita. mudah tapi lumayan.

  5. NaDiaH KaRiM says:

    Hehe…bak kata titan, pilih yang mudah dan lumayan, pasti berbaloi-baloi… :D

Leave a Reply

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.