Luahan Hatiku – Software Ge**us

Salam,

Post kali ini hanyalah sebagai sebahagian dari luahan hati saya sahaja. Tidak boleh di luahkan sepenuhnya takut akan menguris hati mana-mana pihak. Kepada mereka yang tidak tahu apa itu Software Ge**us, pendamkan sahaja dulu soalan itu, kerana lambat laun anda akan tahu juga.

Software ini sepatutnya di lancarkan pada 1 JANUARI 2009, dan waktu dan saat post ini ditulis 20 FEBUARI 2009, sudah melepasi 1 BULAN 20 hari dari tarikh pelancaran awal.

Walaupun pada sesetengah orang, RM50 yang saya laburkan atas software itu bukanlah satu nilai yang besar. Tapi bagi saya, dan bukan dengan niat untuk menunjuk-nunjuk, dalam tempoh 1 BULAN 20 hari itu, saya berjaya mendapat RM1500 daripada modal RM50 yang saya keluarkan atas produk yang lain. Seperti kata En. Zainuddin, Lecturer Ekonomi saya, TIME IS MONEY.  Don’t waste your time, but you can waste your money. :D

Apa perbezaan Software Ge**us dengan Produk A (produk yang saya beli dengan harga RM50)??

Perbezaan pertama, Produk A dihasilkan oleh seorang yang belum mempunyai nama yang besar lagi (sebelum pelancaran produk) dalam dunia usahawan internet ini berbanding pereka Software Ge**us.

Perbezaan kedua, Software Ge**us adalah sejenis software, manakala Produk A adalah sejenis e-book.

Perbezaan ketiga, support yang diberikan oleh penulis Produk A lagi tip top berbanding support yang diberi oleh pereka Software Ge**us. (blog rahsia  pun jarang-jarang update)

Perbezaan keempat,  promosi Produk A dilancarkan selepas 90% dari e-book siap, manakala promosi Produk Ge**us dilancarkan selepas 50% dari software tersebut siap. (sekarang tak tau la berapa % dah siap)

Perbezaan kelima, tak tau nak compare apa dah, tapi harap-harap software tu dapat disiapkan secepat yang mungkin, walaupun masih ada plan-plan lain yang masih beratur panjang dalam otak ni, saya masih lagi teringin untuk merasai kehebatan software ini seperti yang diwarwarkan.  Terima Kasih.

Related Posts with Thumbnails
Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks